MIC perlu menyedari kelemahan parti itu yang kini jauh lebih teruk berbanding pada tahun 2008 dan 2013
KUALA LUMPUR: Parti tunggal yang mewakili kaum India di gabungan Barisan Nasional (BN) bakal akan mencipta sejarah baru dalam Pilihan Raya Umum yang ke-14 dengan bakal akan mencatatkan kekalahan paling teruk dalam sejarah parti itu.
Demikian kata, bekas Ketua Penerangan MIC L Sivasubramaniam, yang turut menegaskan bahawa MIC kini berada dalam keadaan tenat di bawah pimpinan Presiden Dr S Subramaniam.
“Ini bukan ramalan mahupun jangkaan saya sendiri. Tetapi, inilah kebenaran sehingga Perdana Menteri Najib Razak sendiri dapat melihat kecatatan dan kelemahan MIC yang kini diketuai oleh Dr Subramaniam.”
“Saya di sini ingin menekankan dua perkara. Yang pertama, tindakan Najib berjanji kepada kaum India Muslim bahawa kerajaan kaji cara untuk memberi status Bumiputera keoada golongan tersebut.
Sejarah menunjukkan bahawa India Muslim adalah sebahagian daripada MIC. Tetapi kini tidak lagi.
Sebab kelemahan pentadbiran Dr Subramaniam sehingga memaksa Najib bertindak sendiri bagi menawan sokongan kaum tersebut,” kata Sivasubramaniam kepada Berita Daily.
“Yang kedua, kenyataan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris
Sultan Ibrahim yang bertitah bahawa mana-mana ahli politik yang berpolitik berteraskan pendidikan, agama dan perniagaan, maka di situ akan ada rasuah.
Inilah yang dilakukan oleh MIC hari ini. Tidak siapa boleh menolak realiti bahawa MIC hari ini berasaskan pendidikan (sekolah Tamil), agama (kuil dan tempat beribadat) perniagaan (peluang perniagaan kepada kaum India),” tambah beliau lagi.
Beliau yang ini dilucut keahlian semasa krisis MIC, berkata kedua-dua perkara ini jelas memberi gambaran bahawa MIC tidak lagi sehebat dulu.
Ketika ditanya mengenai kesediaan MIC bagi menghadapi PRU 14, Sivasubramaniam menegaskan bahawa musuh MIC bukan dari pembangkang, sebaliknya dalam selimut sendiri.
“MIC hari ini merupakan parti yang unik. Di mana ia tidak perlu orang luar untuk mengucar-kacirkan parti itu. Orang sendiri sudah mencukupi untuk memastikan kekalahan pada PRU nanti,” katanya.
“Cuba lihat di Sungai Siput, MIC mempunyai dua calon, di Hulu Selangor dua calon, di Teluk Kemang juga dua calon sama juga di Subang, Cameron Highlands, Kapar, dan juga di Kota Raja,” jelas Sivasubramaniam sambil menambah terdapat beberapa perkara lain yang turut memberi kelemahan kepada MIC.
Menurutnya, kebanyakan pemimpin tertinggi MIC adalah calon yang kalah pada PRU yang sebelumnya.
“Sebagai contoh, Devamani (SK Devamani, Timbalan Presiden, T Mohan, Naib Presiden, C Sivarraajh, Ketua Pemuda, SA Vigneswaran, Naib Presiden dan A Sakthivel, Setiausaha Agung dan VS Mogan, Ketua Penerangan, semuanya kalah pada PRU-PRU sebelumnya.”
“Kita tahulah MIC bukan seperti Umno atau MCA yang sedia memberi peluang pemimpin-pemimpin generasi akan datang. Mereka tamak jawatan dan kemungkinan besar pemimpin-pemimpin inilah yang bakal bertanding pada PRU, sedangkan rakyat telahpun menolak pemimpin-pemimpin ini pada PRU sebelumnya,” ujarnya lagi.
Sivasubramaniam juga berpendapat bahawa beberapa pemimpin MIC berhasrat untuk bertanding di PRU bukan kerana ingin menang, tetapi hanya untuk menikmati peruntukan yang diberi semasa PRUnanti.
“Janganlah lupa. Memberi nasihat percuma melalui SEED, Sedic tidak akan membawa undi pada PRU. MIC perlu menyedari kelemahan parti itu yang kini jauh lebih teruk berbanding pada tahun 2008 dan 2013.
Sivasubramaniam juga mengakui akan turun berkempen menentang MIC pada PRU akan datang sekiranya Subramaniam terus menganiaya penyokong-penyokong bekas Presiden G Palanivel.
“Kita mahu keadilan. Sekiranya tidak, maka kami akan turun menentang Subramaniam dan kuncu-kuncunya pada PRU nanti,” jelas beliau lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan