Kerajaan yang kini berdepan skandal 1MDB mahu meletakkan pembangkang
dalam situasi yang sama dengan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja
(RCI) berhubung skandal tukaran wang asing (forex) yang berlaku sekitar
30 tahun lalu.
Bagaimanapun, Pakatan Harapan (HARAPAN) bersedia dengan tawaran Putrajaya untuk menyiasat skandal forex, kata Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil hari ini.
Justeru Fahmi berkata, tuduhan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak cuba memutarbelitkan fakta bahawa HARAPAN sedang mempolitikkan RCI skandal forex.
"Beliau gagal mengakui Ketua Pembangkang (Datuk Seri) Dr Wan Azizah Wan Ismail mengalu-alukan cadangan RCI, malah Lim Kit Siang dari DAP dan pemimin Parti Pribumi Bersatu Malaysia, (Tun) Dr Mahathir Mohamad menyambutnya.
"Jadi, pada hakikatnya, tiada pemimpin pembangkang kini menolak RCI skandal forex," kata Fahmi dalam satu kenyataan.
Salleh hari ini mendakwa pembangkang mengamalkan double standard, terutamanya melibatkan skandal forex yang berlaku ketika Mahathir menjadi perdana menteri.
Bagaimanapun, Fahmi berkata pembangkang mahu standard yang sama digunakan untuk kedua-dua skandal forex dan 1MDB.
Fahmi mempersoalkan mengapa Salleh memberi "gambaran palsu" mengenai pendirian HARAPAN terhadap RCI berkenaan.
"Mungkin dia bermaksud membelakangkan dan mengalih perhatian daripada serangan media antarabangsa yang besar yang disebabkan oleh saman Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (AS) terkini mengenai skandal kewangan 1MDB, serta pemulangan hadiah dan permata oleh selebriti antarabangsa," katanya.
DOJ mendakwa sekurang-kurangnya AS$ 4.5 bilion telah disalahgunakan dari 1MDB, sebahagian daripadanya telah dicuci melalui sistem kewangan AS.
Ia juga cuba merampas kira-kira AS$ 1.7 bilion aset yang didakwa diperoleh menggunakan wang yang diseleweng daripada 1MDB.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan