HALAMAN SANTAI

Sabtu, 31 Ogos 2019

Kadang Kala cara berfikir Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid tersasar



Malang bagi negara kita apabila kita dapat kerajaan, kerajaan yang tak mampu menunaikan janji. Hanya pandai bercakap tetapi tak tahu nak menyelesaikan masalah. Akhirnya apa yang diludah kepada kerajaan terdahulu diulang semula dalam versi baharu.

Kita juga dapat Ketua Polis Negara, rupanya sama juga tak tahu posisi jawatannya dalam menjamin kehormonian negara.

Dia telah membuat kenyataan kononnya parti-parti pembangkang adalah punca tergugat kestabilan negara terutama dalam isu perkauman.

Entah mungkin Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador tak terliti bermula isu kematian Adid, siapa yang membuat kenyataan yang menyebabkan regangnya hubungan kaum. Tahukah Ketua Polis Negara bahawa menteri-menteri PH lah yang mengunakan media kerajaan mengapikan suasana.

Kalau kita tahu tahu nak mengurus jawatan yang kita jawat, adalah lebih baik kita undir diri.

Keselamatan negara lebih penting daripada orang yang diamanah suka nak berpolitik dalam isu-isu negara.

Nak bodek pun biarlah bertempat.

*NASIR RAMLEE
https://web.facebook.com/nasirramlee89


Piagam PAS-UMNO belum dimenterai lagi, PH dah nak pecat pimpinan mereka


Persetujuan diantara Pas dengan Umno untuk bergabung dan bekerjasama yang akan dipamerkan dalam majlis menandatangani Piagam Ta'awun Siyasi 14 September 2019 di Bangunan UMNO PWTC nanti adalah satu titik tolak politik besar demi untuk negara Malaysia akan datang.

Peristiwa 14 September bersama 11 Muharram 1441 akan datang ini adalah peristiwa besar yang penting bagi umat Melayu khasnya dan dunia politik amnya.

Peristiwa kehadiran lebih 10,000 pimpinan peringkat bawahan seluruh negara kedua-dua parti PAS dan UMNO ini menjadi satu titik tolak politik kebncian dikuburkan dan POLTIK MATANG DAN SEJAHTERA akan memainkan peranan dalam politik tanah air.

Piagam Ta'awun Siyasi  akan disambut dengan takbir, Allahuakbar! dan gemaan Hidup Melayu! oleh Pas dan Umno. Bagi mereka kejayaan mengadakan gabungan dan kerjasama politik itu merupakan satu kelahiran politik baharu di negara ini yang akan mengubah era politik tanah yang selepas 62 tahun merdeka.

Bagi setengah pimpinan PH mengatakan peristiwa itu hanya gimik dan sia-sia sahaja, atau Umno dan Pas hanya mencari kepentingan politik semata-mata. Itu cara berfikir yang sangat rendah dikalangan pimpinan PH daripada puak PKR.

Manakala ada yang berfikir matang, akal terbuka berkata sekiranya PH gagal menunaikan janjinya dalam manifesto PH akan kalah sekiranya diadakan pilihan raya dalam masa terdekat, (esok). PAS dan UMNO akan menjuara rakyat.


Tapi malang Dr Mahathir Mohamad mahu mengambil tindakan (pecat) terhadap Ketua Operasi dan Strategi PPBM, Rais Hussin kononnya kenyataan ini boleh melemahkan PH.

Sebenarnya, secara halus Rais ingin menyampaiak maksud PH yang gagal memenuhi janji dalam manifesto kerena kelemahan kabinet mereka. Kegagalan ini adalah kerana ketidakmampuan para menteri kabinet berfikir untuk melaksanakan janji manifesto untuk keselesaan rakyat.

Mahathir pula disabotaj oleh rakan PH.

14 September 2019 nanti tarikh keramat menandatangani piagam akan menjadikan orang Melayu sebagai teras negara dan mereka berhimpunan untuk memberi komitmen tinggi kepada bangsa dan agama menerusi kedua parti Melayu terbesar PAS- dan UMNO.

Seketa puluhan tahun akan ditanam dan bangsa Melayu bangkit demi Kesatuan Islam demi Penyatuan Ummah.

*NASIR RAMLEE
https://web.facebook.com/nasirramlee89


Debat mencetuskan sentimen perkauman kata PH


 
Awal tahun ini, Lim Kit Siang setuju berdebat dengan saya.

Lalu Kit Siang tarik diri dan lari cepat-cepat dengan alasan:

"Orang Melayu berdebat dengan orang Cina akan mencetuskan sentimen perkauman habis-habisan."

Hari ini, Wee Ka Siong sekali lagi cabar Lim Guan Eng berdebat tentang skandal Terowong Ajaib Pulau Pinang.

Tahun lepas, Guan Eng beri alasan yang cukup angkuh untuk elak debat.

Dia kata Wee Ka Siong masa itu hanya timbalan presiden MCA manakala Guan Eng adalah boss party DAP.

Oleh itu Wee tak layak untuk debat dengan dia.

Guan Eng suruh Wee jadi presiden dahulu jika mahu berdebat.

Sekarang, Wee Ka Siong dah jadi presiden parti MCA dan mencabar Guan Eng sekali lagi.

Ini bermakna Guan Eng tak boleh menggunakan alasan lama dia.

Tapi saya bimbang kali ini Guan Eng akan cuba lari dari debat lagi dengan alasan baru::

"Orang Cina berdebat dengan orang Cina akan mencetuskan sentimen perkauman habis-habisan."

Bertaubatlah pak cik...

Zuliaty Zulkiffli
 
 

LELAKI yang berperwatakan alim dengan memakai kopiah rupa-rupanya ‘tokan’ dadah, malah menjadikan rumahnya di Kampung Rambai, Mukim Bukit Raya, Pendang, sebagai ‘port’ menagih dan membungkus dadah.

Suspek berusia 57 tahun bersama dua rakannya berusia 45 dan 32 tahun itu dicekup polis dalam serbuan di rumahnya pada 12.05 tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, serbuan dilakukan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang hasil maklumat dan risikan polis.

Menurutnya, hasil pemeriksaan menemui 13 peket plastik dan keratan straw berisi heroin dengan anggaran berat 15.25 gram di atas meja kayu berhampiran suspek.

“Turut ditemui empat peket plastik dan satu keratan straw berisi syabu dianggarkan seberat 5.35 gram, dan satu peket plastik berisi ganja dengan anggaran berat 1.39 gram.

“Satu alat penimbang, gunting besi, pemetik api dan enam peket plastik kosong dipercayai digunakan untuk membungkus dadah.

“Turut dirampas sejumlah wang tunai sebanyak RM RM3,106,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


DADAH yang dirampas polis daripada suspek. FOTO Ihsan Polis
 
Katanya, pemeriksaan pada tubuh badan suspek berusia 57 tahun itu turut menemui sejumlah dadah di seluar suspek.

“Polis menemui tiga keratan straw, satu peket plastik berisi heroin dengan anggaran berat 5.97 gram dan satu peket plastik syabu dengan anggaran berat 0.65 gram.

“Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas bernilai RM1,584. Pemeriksaan air kencing mendapati ketiga-tiga mereka positif dadah malah mempunyai pelbagai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah,” katanya

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 39A(1), Seksyen 6 dan Seksyen 12(2) akta sama.

Dua mayat berjaket keselamatan ditemui terapung

Mohd Sabran Md Sani
 
 

DUA mayat berjaket keselamatan ditemui kapal kargo KLM MITRA SEJATI pada kedudukan empat batu nautika Barat Daya dari Abu Bakar Maritime Base (ABMB), Kota Tinggi 11 pagi semalam.
Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Maritim Aminuddin

Abdul Rashid berkata, Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim Johor Bahru (MRSC Johor Bahru) menerima maklumat itu dari Badan SAR Nasional Indonesia (BASARNAS), Tanjung Pinang, Indonesia, pada 11.40 pagi hari ini.

“Sebuah kapal sudah mengambil dua mayat berkenaan dikenali sebagai Rivaldi S Milandi, 22, dan Boby, 21, kedua-duanya dari Batam, Indonesia, dibawa ke pelabuhan Batam sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa Indonesia dan dibawa ke Rumah Sakit OTORITA Batam.

“Berdasarkan lokasi penemuan dan keadaan mangsa ditemui ia konsisten dengan laporan kapal Black Forest,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru katanya, MRSC Johor Bahru menamatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada 12.15 tengah hari tadi.

“SAR akan diaktifkan semula jika pengesahan maklumat mayat ditemui adalah sebaliknya,” katanya.
Terdahulu APMM MRSC Johor Bahru mengkoordinasikan

pencarian dua individu dipercayai terapung di perairan ABMB.

Aminuddin berkata, kejadian dilaporkan oleh sebuah kapal dagang yang melalui perairan itu.

“Dimaklumkan pegawai bertugas kapal terbabit melihat dua individu di dalam air dengan memakai jaket keselamatan di laluan utama kapal dagang pada 8.40 pagi semalam.

“Bagaimanapun kapal terbabit gagal menyelamatkan mangsa berikutan keadaan trafik sibuk dan tidak mengizinkan serta dikhuatiri membahayakan,” katanya.

Menurut Aminuddin, kejadian dilaporkan berlaku pada kedudukan 2.5 batu nautika barat daya Batuan Tengah, Johor.

Anggota APMM yang bertugas di ABMB, Batuan Tengah turut melakukan pemantauan berterusan selain kapal dan bot diaturgerak bagi melaksanakan pencarian.

Selain itu, pencarian turut dibantu kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“Kawasan pencarian meliputi keluasan 140 batu nautika persegi dari perairan Tompok Utara, Batuan Tengah hingga ke Tanjung Penyusup,” katanya.

Maklumat kejadian turut disebarkan kepada persatuan dan rakan-rakan nelayan, pemancing bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan nelayan atau pemancing hilang

Guru sambilan tokan dadah

Hafidzul Hilmi Mohd Noor
 
 

GURU sambilan ditahan bersama pelbagai dadah di sebuah hotel di Jalan Bandar 12, Taman Melawati, Ampang Jaya kelmarin.

Lelaki itu ditahan polis dari Balai Polis Taman Melawati menerusi Ops Cegah Jenayah Khas, 7 malam kelmarin hasil maklumat dan risikan yang dilakukan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor, Asisten Komisioner R Sundralingam berkata, lelaki berusia 41 tahun itu ditahan dalam sebuah bilik hotel terbabit.

“Pemeriksaan menjumpai serbuk disyaki heroin 0.64 kilogram, eramin 5 seberat 18.8 gram yang semuanya dianggarkan bernilai RM6,000.

“Ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah methamphetamine,” katanya.

Sundralingam berkata, pemeriksaan juga mendapati suspek memiliki satu rekod lampau bersabit kes dadah.

“Siasatan awal mendapati suspek mengaku dadah diperoleh daripada seorang lelaki di sekitar Lembah Klang itu miliknya.

“Suspek mendapatkan bekalan pada harga RM1,400 untuk 12.5 gram heroin dan syabu. Dadah itu dijual semula suspek dengan harga RM30 bagi sepaket heroin (1.7 gram) manakala RM50 untuk syabu (0.6 gram),” katanya.

Katanya, siasatan masih dijalankan dan suspek kini direman tujuh hari sehingga Khamis ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Gara-gara orang ke-3, isteri cedera dilanggar suami di Miri

Menurut polis, suspek sudah dikenal pasti dan sedang diburu. 
Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaaan, iaitu 
cubaan membunuh.
 
MIRI: Seorang wanita dikejarkan ke Hospital Miri akibat kecederaan pinggang gara-gara dilanggar suami sendiri di Kampung Wireless, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Miri Lim Meng Seah berkata, ketika kejadian pada pukul 10.30 malam, suri rumah berusia 53 tahun itu balik dari masjid bersama rakan apabila tiba-tiba terlihat suaminya di dalam kereta bersama dengan seorang wanita di tepi jalan.

“Mangsa berjalan menghampiri kereta suaminya yang berusia 50 tahun dengan tujuan meminta wang untuk membeli ubat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Lim berkata, suami mangsa tiba-tiba memecut kereta serta terus melanggar mangsa sehingga mengakibatkan wanita berkenaan tercampak ke tepi jalan dan mengalami kecederaan pinggang.

“Suspek yang berasal dari Kampung Lutong, Miri telah berkahwin dengan mangsa selama 30 tahun dan mempunyai lapan anak,” katanya.

Beliau berkata, suspek sudah dikenal pasti dan sedang diburu. Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, iaitu cubaan membunuh.

Setelah 8 bulan, masih ada yang tak segan merokok di restoran


   
Selepas lapan bulan larangan, masih terdapat pihak yang tidak segan silu merokok di kedai-kedai makan.

Tinjauan rawak Malaysiakini di 12 kedai makan sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya mendapati masih terdapat perokok yang tanpa rasa bersalah tidak mengendahkan larangan merokok oleh kerajaan.

Ini meskipun kajian KKM yang turut disertai NGO Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia terhadap 173 kedai makan sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya pada April lalu mendapati kebanyakan masyarakat sudah mula tidak merokok di premis makanan, malah 104 tempat makan telah bebas daripada sebarang aktiviti merokok.

Susulan pemerhatian terhadap lebih 300 pelanggan baru-baru ini, kira-kira 10 peratus daripada mereka merokok, ketika tinjauan dibuat.

Bagaimanapun separuh daripada jumlah itu tidak mematuhi larangan kerajaan dengan merokok dalam lingkungan tiga meter dari kedai makan.

Sedangkan, tanda larangan bersaiz besar terpampang jelas.

Tinjauan portal ini juga mendapati ketidakpatuhan ini lebih banyak berlaku di kawasan pinggir bandar, seperti di kawasan-kawasan kilang.

Sementara itu, di sebalik larangan, terdapat juga kedai yang menyediakan meja khas yang lebih jauh daripada meja-meja lain untuk membolehkan pihak yang merokok tidak menggangu orang lain.

Kerajaan mewartakan semua premis makanan sebagai tempat larangan merokok berkuat kuasa 1 Januari 2019.

Bagaimanapun, larangan itu hanya akan dikuat kuasakan pada Januari tahun depan sementara mendidik pengguna mematuhinya.

Pada peringkat awal diperkenalkan, kepatuhan pengguna dilihat amat baik bagaimanapun setelah kritikan demi kritikan, mula ada yang semakin acuh tak acuh.

Pemeriksaan dapati kesalahan makin kurang

Sementara itu, Unit Kawalan Tembakau Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberitahu Malaysiakini, di sebalik ketidakpatuhan itu, makin hari sebenarnya makin ramai orang mematuhi larangan itu.

Ketua unit Dr Nor Aryana Hassan berkata, sehingga kini, daripada 129,180 premis yang diperiksa, sebanyak 30, 698 notis amaran dikeluarkan.

Ia, menurutnya, melibatkan 3,477 amaran kepada perokok dan 27, 221 amaran kepada kedai makan yang tidak meletakkan tanda larangan merokok.

“KKM juga bekerjasama dengan NGO dalam menjalankan ujian saringan paras racun karbon monoksida dalam pernafasan ke atas perokok,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Penguatkuasan juga semakin kuat dijalankan, kata Aryana lagi.

Mungkin orang lupa, kata persatuan restoran

Sementara itu, persatuan restoran melihat fenomena tidak patuh arahan itu mungkin berlaku kerana orang makin lupa.

Sedangkan, kedai-kedai makan tidak lagi meletakkan bekas abu rokok dan meletakkan papan tanda larangan besar.

“Mula-mula (ketika mula dikuat kuasa), ketika pelanggan duduk untuk makan dan minum, jika dia mahu merokok, dia akan turun ke tempat parkir untuk menghisap rokok.

“Makin lama, makin orang lupa (tentang larangan itu),” katanya Naib Presiden Restoran India C Krishnan Primas ketika dihubungi Malaysiakini baru-baru ini.

Beliau juga berkata perbuatan menegur pelanggan yang merokok di premis mereka dianggap hal yang “sensitif”.

“Kita memang tak benarkan merokok. Tapi kalau nak merokok juga, kita tak boleh nak halang. Cuma kita boleh tegur.

“Tetapi nak gaduh dengan mereka tak bolehlah. Sensitif, sampai (pernah) pegawai kesihatan (yang menegur) pun mereka melawan,” katanya.

Beliau berkata ketika awal larangan itu banyak perniagaan kedai-kedai yang merosot sehingga 25 peratus.


Paras air di Empangan Machap di tahap kritikal

Bernama  |

   

Paras air Empangan Machap yang membekalkan air kepada Loji Rawatan Air (LRA) Simpang Renggam dekat Johor Bahru, kini berada di bawah tahap kritikal, kata Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee Tsee.

Beliau berkata, bacaan yang dicatatkan ketika ini ialah pada paras 14.45 meter, menyusut daripada bacaan 14.63 meter yang direkodkan pada 24 Ogos (Rabu).

Ini bermakna bacaan itu melepasi tahap kritikal iaitu pada 14.84 meter.

“Memandangkan paras air masih di bawah tahap kritikal maka Bekalan Air Berjadual (BAB) yang dijadualkan bermula Isnin ini (2 Sept) terpaksa diteruskan (dimulakan awal),” kata beliau dalam satu kenyataan di Johor Bahru, hari ini.

Puah berkata, Empangan Machap menjadi sumber air mentah yang menyalurkan air untuk dirawat ke LRA Simpang Renggam sebelum diagih kepada 25,894 pengguna bekalan air di sekitar Pekan Simpang Renggam, Layang-layang dan Utara Pontian.

Berbeza dengan keadaan di Empangan Machap, paras air di Sungai Gembut, Kota Tinggi mencatatkan bacaan terkini pada 0.82 meter, berikutan taburan hujan yang menggalakkan di kawasan itu pada awal minggu ini.

“Susulan perkembangan itu, Kerajaan Negeri dan SAJ Ranhill mengambil keputusan untuk menangguhkan pelaksanaan BAB di kawasan yang bergantung kepada LRA Sungai Gembut.

“Kerajaan Negeri sentiasa prihatin terhadap isu bekalan air dan tidak akan membenarkan sebarang pelaksanaan BAB sekiranya boleh,” tambah beliau.

LRA Sungai Gembut membekalkan air terawat kepada 5,246 akaun pengguna di sekitar kawasan Kota Tinggi.- Bernama


PH: Tinggalkan prasangka, fahaman melampau

MALAYSIAKINI

   
Rakyat Malaysia digesa bersama-sama menghargai keamanan dan kesejahteraan yang telah dinikmati selama ini dengan mendidik diri dan keluarga serta jiran tetangga supaya saling memahami, bertoleransi dan melayani satu sama lain.

Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) dalam satu kenyataan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-62 hari ini turut menggesa seluruh rakyat untuk menjauhi sikap melampau yang cuba dicetuskan pihak yang hanya melakukannya demi kepentingan politik mereka.

"Menginsafi bahawa negara yang kita cintai sedang terus diasak sentimen perkauman, walaupun sudah 62 tahun bebas daripada ancaman penjajah.

"Malaysia tidak mempunyai pilihan lain, selain kembali ke garis tengah, dan meninggalkan segala prasangka serta fahaman melampau yang mengancam kesinambungan kejayaan rakyat negara ini yang telah melaksanakan sebuah perubahan politik yang begitu besar pada 9 Mei 2018," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan bersama oleh Presiden PKR, Anwar Ibrahim; Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Kepimpinan utama PH dalam kenyataan itu turut mengingatkan apa yang telah dikecapi negara selama ini boleh hilang sekelip mata sekiranya rakyat gagal menginsafi diri tentang pengorbanan dan kepayahan yang telah dilalui oleh mereka terdahulu.

"Pada tahun 1963 kita telah membentuk sebuah Persekutuan bersama-sama Sabah dan Sarawak dan kemudiannya Malaysia muncul sebagai sebuah negara yang majmuk dan kaya dengan pelbagai budaya serta tradisi.

"Meskipun berbilang keturunan, agama, bahasa, budaya dan adat resam, kita tidak pernah lelah dalam usaha membina sebuah bangsa yang tetap bersatu padu," menurut kenyataan itu.- Bernama


Jumaat, 30 Ogos 2019

Banyak sangat main politik, kalau setuju angkat tangan


   
Anggota parlimen Jeli Mustapa Mohamed hari ini menguji orang ramai dengan meminta mereka mengangkat tangan jika merasakan terlalu banyak politicking (main politik) di negara ini.

Jawapannya, hampir kesemua 600 orang hadirin dalam sebuah forum ekonomi di Kuala Lumpur hari ini, mengangkat tangan.

“Boleh kita tengok, angkat tangan… adakah terlalu banyak main politik dalam negara ini?” katanya yang menjadi pemudahcara acara itu.

Bekas pemimpin Umno yang menyertai Bersatu itu kemudian bertanya lagi: “Siapa tidak setuju dengan kenyataan ini?”

Kali ini hanya seorang mengangkat tangan, iaitu Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin, yang mengundang ketawa Mustapa.

Mustapa atau lebih dikenali sebagai Tok Pa bertanya soalan itu selepas peserta bertanya sama ada ahli panel dalam acara itu setuju tindakan bermain politik yang mengganggu fokus kerajaan untuk menguruskan ekonomi.

Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Antarabangsa Malaysia (MICCI) Tan Cheng Kiat sebagai panelis acara itu bersetuju dengan kenyataan itu.

“Sudah tentu, terutamanya dalam tempoh beberapa bulan ini, dengan rancangan peralihan tidak jelas dan begitu juga masa penyerahan jawatan kepada bakal perdana menteri.

“Ini ketidakpastian yang serius kerana pemimpin boleh mengubah dasar, kita tahu perkara ini,” kata Tan.

Khamis, 29 Ogos 2019

Pencetak masih harap Harakah lunaskan hutang


   

Pengarah urusan syarikat yang pernah mencetak Harakah suatu ketika dulu masih berharap ada penyelesaian baik dapat dicapai dengan PAS dalam isu hutang di antara mereka.

Bercakap kepada Malaysiakini, Azlan Jan, berkata walaupun syarikat Angkatan Edaran Sdn Bhd (Angkatan Edaran) didedahkan PAS sebagai muflis, pintu rundingan untuk menyelesaikan kemelut itu sentiasa terbuka.

Tetap berpegang kepada etika perniagaan katanya, buat masa ini Azlan pihaknya enggan memberi sebarang pendedahan terperinci berhubung perkara itu.

"Ya, kita sentiasa terbuka untuk berbincang dan berharap mereka (PAS dan Harakah) dapat menyelesaikan hutang tersebut.

"Walaupun syarikat muflis sekali pun, hutang tetap wajib dibayar," katanya hari ini.

Pada 27 Ogos lalu Malaysiakini melaporkan bahawa Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, mengakui Harakah berhutang dengan sebuah syarikat percetakan.

Bagaimanapun anggota parlimen Kota Bharu itu berkata, syarikat terbabit sudah muflis menyebabkan PAS memilih syarikat percetakan lain untuk membolehkan Harakah terus diterbitkan.

Takiyuddin juga enggan mengulas secara lebih terperinci berhubung perkara itu.




Isu itu timbul ketika sesetengah pihak - terutamanya kumpulan propembangkang - menggerakkan kempen memboikot peniaga atau barangan bukan bumiputera dan Islam.

Menurut Azlan, Angkatan Edaran diisytiharkan muflis bukan disebabkan kerugian yang ditanggung, sebaliknya berpunca daripada kegagalan membayar denda atas perintah mahkamah bersabit satu kes saman.

Kata Azlan lagi, kali terakhir pihaknya mengadakan perbincangan dengan Harakah ialah sekitar 2017.

Selepas muflis, kata Azlan, Harakah sebenarnya masih terus dicetak di satu lagi syarikat yang ada kaitan dengan Angkatan Edaran.

"Tetapi kemudian pengurusan Harakah menghantar surat memaklumkan mereka memilih syarikat lain untuk mencetak akhbar berkenaan," katanya.


Kerajaan lucut hak RM100,000 dari Hasan Malek

Bernama  

   

Wang RM100,000 yang dibekukan daripada akaun bank bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah Hasan Malek berhubung penyiasatan 1MDB kini menjadi harta kerajaan Malaysia.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Mahadi Abdul Jumaat memaklumkan mahkamah, bahawa responden (Hasan) telah memasukkan representasi untuk memulangkan wang berkenaan.

“Afidavit pemohon (Pendakwa Raya) tidak dibalas oleh responden dan warta hari ini tiada pihak ketiga yang hadir (untuk tuntut wang itu).

“Kami memohon kesemua wang yang disita dilucut hak kepada kerajaan Malaysia,” katanya semasa sebutan kes itu hari ini.

Peguam Muhammad Iqbal Ismail yang mewakili Hasan mengesahkan perkara itu dan berkata pihak responden tidak membantah wang itu dilucut hak.

Sementara itu, mahkamah turut menetapkan 4 dan 5 Disember untuk pendengaran hujahan lisan bagi kes tiga entiti iaitu Umno, Wanita MCA dan Badan Perhubungan Umno Sabah berhubung pelucutan harta.

Mahadi berkata pihak pemohon (Pendakwa Raya) telah memfailkan afidavit pada 23 Ogos dan memberitahu mahkamah bahawa tiada pihak ketiga yang hadir untuk menuntut wang yang dibekukan daripada tiga entiti itu.

“Perwartaan pihak ketiga disiarkan pada 24 Julai bagi kesemua responden (tiga entiti) dan tiada pihak ketiga yang hadir,” katanya.
Latheefa Koya
Jumlah wang yang dimohon kerajaan untuk dilucut hak dari Umno ialah RM212,965,413.61 , Wanita MCA berjumlah RM300,000 dan Badan Perhubungan Umno Sabah sebanyak RM1,254,112.24.

Hakim Mohamed Zaini menetapkan 27 September untuk pemohon memfailkan hujahan bertulis manakala 18 Oktober bagi hujahan bertulis oleh responden.

Peguam Aieshah Nadia Masdar mewakili Umno, peguam Low Hai Liang bertindak bagi pihak Wanita MCA manakala Badan Perhubungan Umno Sabah diwakili peguam Harcharanjit Singh.

Permohonan melucut hak itu dibuat pendakwaan mengikut Seksyen 56(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya dalam sidang akhbarnya baru-baru ini berkata permohonan pelucutan hak telah difailkan terhadap 41 responden untuk memperoleh semula dana kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Latheefa berkata tindakan itu diambil mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Amla) yang suruhanjaya itu percaya wang berkenaan dipindahkan daripada akaun bank bekas perdana menteri Najib Razak.-Bernama


Mahkamah serah kuasa arbitrari kepada pihak berkuasa agama, kata Suaram

MALAYSIAKINI

    Kumpulan hak asasi Suaram berkata keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan Sisters In Islam (SIS) untuk mendapatkan semakan kehakiman berhubung fatwa yang memutuskan pertubuhan itu sebagai "sesat" akan membuka pintu terhadap penyalahgunaan.

"Badan kehakiman sepatutnya menjadi penjaga hak asasi asas kerana ia tempat pertama dan terakhir di mana seseorang itu boleh mencabar terhadap pencabulan hak mereka," kata Pengarah Eksekutif Suaram D Sevan dalam satu kenyataan hari ini.

"Dalam keputusan ini, keputusan mahkamah tinggi mengketepikan tanggungjawap mahkamah sebagai pelindung perlembagaan, dan menyerahkan kepada pihak berkuasa agama, kuasa yang luas dan sewenang-wenang berhubung hak asasi semua rakyat Malaysia."

Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Nordin Hassan menolak permohonan SIS untuk mendapatkan semakan kehakiman bagi mencabar fatwa berkenaan dengan kos RM10,000 atas alasan Jawatankuasa Fatwa Selangor telah mematuhi semua prosedur yang ditetapkan.

Malah, kata hakim itu, beliau mendapati fatwa dikeluarkan terhadap SIS tertakluk kepada bidang kuasa mahkamah syariah dan ia dihadkan oleh perlembagaan.

"Dengan keputusan ini, pihak berkuasa agama secara efektif diberi kuasa untuk mengharamkan sebarang penerbitan yang dianggap mereka menyinggung perasaan tafsiran masing-masing, dan mengharamkan setiap individu atau kelompok yang dianggap sesat,” kata Sevan.

Beliau menambah bahawa badan kehakiman mesti menyedari tugas mereka dan tidak menyerahkan perkara itu kepada Mahkamah Syariah dan pihak berkuasa agama.

Keputusan seperti itu, kata Sevan, akan menghantar isyarat yang salah bahawa dasar keagamaan mengatasi perlembagaan persekutuan.

SIS akan membawa keputusan mahkamah tinggi semalam itu ke mahkamah rayuan.

Utusan akan nyahsenarai dari Bursa Malaysia pada 30 Ogos

MALAYSIAKINI

   

Utusan Melayu (Malaysia) Bhd hari ini berkata ia tidak akan membuat rayuan terhadap sahamnya yang dinyah senarai dari Bursa Malaysia.

Pengumuman itu dibuat selepas tarikh akhir ditetapkan oleh Bursa Malaysia Securities Bhd pada 27 Ogos, untuk syarikat penerbitan akhbar berbahasa Melayu tertua di Malaysia itu membuat rayuan, yang menjurus kepada penyahsenaraiannya esok.

"Lembaga pengarah Utusan mengumumkan bahawa syarikat itu tidak membuat rayuan terhadap penyahsenaraian saham Utusan itu, dan oleh itu saham syarikat akan dinyah senarai pada 30 Ogos,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Dagangan sahamnya (kod 5754) digantung semalam, dengan harga dagangan terakhir pada 5.5 sen.
 
Syarikat itu mula disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur pada 1994.

Utusan Melayu mengalami kerugian sejak 2012, mencetuskan status Nota Amalan PN17 (PN17) pada Ogos lepas, selepas ingkar atas pembayaran prinsipal termasuk keuntungan kepada Bank Muamalat Malaysia Bhd dan Maybank Islam Bhd berjumlah RM1.18 juta.

PN17 merujuk kepada syarikat-syarikat yang mengalami kesulitan kewangan.

Lembaga pengarahnya berkata kumpulan itu tidak dapat memenuhi keperluan Bursa Malaysia untuk meningkatkan status PN17 selepas mengambil kira kerugian yang ditanggung dalam dua suku pertama 2019 dan kekangan aliran tunainya.

Utusan Melayu tidak dapat mencari pelabur berpotensi untuk memulihkan kumpulan itu, terutama disebabkan oleh liabilitinya yang besar.- Bernama


Pinda Laporan 1MDB: Pendakwaan diarah cepatkan serah dokumen pada pembelaan

Bernama
MGF29082019_NAJIB-1MDB04
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika hadir pada perbicaraan kes 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL


KUALA LUMPUR – Pasukan pendakwaan dalam kes pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy diminta mempercepatkan proses penyerahan dokumen dan penyediaan penyataan saksi kepada pihak pembelaan bagi memberi masa kepada peguam dan supaya kes berjalan seperti dijadualkan.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan juga meminta pihak pendakwaan menyiapkan kesemua dokumen yang diperlukan pasukan pembelaan.

“Saya berharap pasukan pendakwaan dapat bekal semua dokumen, sebanyak mana yang boleh diberi supaya ia beri pembelaan banyak masa.

“Saya faham tidak semua boleh, tapi saya nak sebanyak mana yang boleh…Saya tidak mahu kes ini lambat,” katanya dan menetapkan 7 Okt untuk pengurusan kes.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Rozaliana Zakaria memaklumkan bahawa pihaknya masih dalam proses penyediaan senarai saksi dan penyataan saksi bagi tujuan perbicaraan.

“Pihak pendakwaan memohon satu tarikh pengurusan kes kerana terdapat beberapa dokumen berkaitan penyataan saksi yang masih belum diserahkan serta dimuktamadkan oleh pihak pendakwaan,” katanya semasa pengurusan kes itu.

Mahkamah sebelum ini menetapkan 18 Nov hingga 29 Nov 2019 dan 13 Jan hingga 17 Jan 2020 untuk perbicaraan kes itu.

Pada 4 Jan 2019, Mahkamah Sesyen di sini membenarkan permohonan pendakwaan supaya kes Najib dan Arul Kanda dibicarakan bersama.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mewakili Najib, 66, manakala Datuk N. Sivananthan bertindak bagi pihak Arul Kanda, 43.

Pada 12 Dis 2018, Najib didakwa atas pertuduhan menggunakan jawatannya dengan mengarahkan supaya Laporan Akhir Pengauditan 1MDB dipinda, sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negara (PAC), bagi mengelakkan sebarang tindakan terhadapnya.

Beliau dituduh sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Perdana Menteri Malaysia, menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan bagi dirinya, iaitu perlindungan daripada tindakan yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB, dengan cara mengambil tindakan mengarahkan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB, yang sedang disediakan, dipinda sebelum laporan itu dimuktamadkan dan dibentangkan kepada PAC, yang beliau secara langsung mempunyai kepentingan.

Anggota Parlimen Pekan itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya, antara 22 Feb 2016 dan 26 Feb 2016.

Pertuduhan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan,
yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Arul Kanda, pula didakwa bersubahat dengan Najib, meminda laporan tersebut, bagi melindungi bekas perdana menteri itu daripada dikenakan tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB, di tempat dan masa sama mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009 dibaca bersama Seksyen 23 (1) & 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman serupa, jika sabit kesalahan.— BERNAMA


Malaysia akan kekal dapat gelaran ‘Tiger of Asia’

Mohd Zaini Samsu Hadi

MGF09122018_PM-EKSEKUTIF-KHAS10
Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr Ismail Bakar


KUALA LUMPUR – Gelaran ‘Tiger of Asia’ akan terus menjadi milik Malaysia sekiranya langkah pengenalan program Tahun Melawat Malaysia 2020 dan Dasar Keusahawanan Nasional 2030 berjaya memacu aktiviti ekonomi domestik negara ini.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar berkata, ekonomi Malaysia terus berkembang dengan KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) pada suku tahun kedua 2019 menunjukkan pertumbuhan pada kadar 4.9 peratus.

Katanya, pelaksanaan dan perancangan projek pembangunan negara dibawah RMK- 11 dan RMK-12 akan terus menjadi pemangkin kepada pertumbuhan negara terutamanya dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat.

“Kemakmuran bersama dapat dilaksanakan dengan jayanya demi memastikan kekayaan yang dihasilkan negara dapat diagihkan dengan lebih menyeluruh, meningkatkan pendapatan rakyat dan seterusnya mengurangkan jurang ekonomi rakyat tanpa mengira kelas dan kaum,” katanya menerusi kenyataan hari ini sempena setahun menjadi Ketua Setiausaha Negara.

Ismail memberitahu, segala usaha tersebut tidak akan tercapai tanpa sokongan daripada semua pihak terutama penjawat awam.

“Harapan saya, agar semua rakyat Malaysia dapat terus memberikan sokongan kepada Penjawat Awam untuk menjalankan tugas dengan cemerlang,” ujarnya.

Katanya lagi, sinergi di antara penjawat awam dan kerajaan baharu terus kukuh dengan penekanan prinsip “Saya Yang Menjalankan Amanah” di bawah payung setia Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Ujarnya, ikatan itu penting bagi memastikan dasar dan perancangan negara dapat direalisasikan dengan jayanya.

“Aspek integriti adalah keutamaan dalam memastikan sesuatu projek itu berjaya dengan efisien dan cost-effective,” tambah beliau. – MalaysiaGazette


Dr M akui garis kemiskinan perlu diubah


   

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bersetuju terdapat keperluan untuk mengubah garis kemiskinan sedia ada pada tahap pendapatan bulanan RM980 bagi seisi rumah.

"Garis kemiskinan? Saya fikir ada keperluan untuk itu," katanya kepada media ketika ditanya mengenai keperluan kerajaan mengubah garis kemiskinan.

Bagaimanapun, beliau berkata kadar kemiskinan negara tidak seteruk seperti yang dijelaskan oleh pelapor khas PBB, Philip Alston.

"Tidak seperti yang dikatakan oleh orang yang datang ke sini untuk satu hari, tinggal di hotel besar dan kemudian membuat kesimpulan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu hari ini.

Tanpa mengulas lanjut, beliau berkata mesyuarat kabinet yang dipengerusikan beliau telah membincangkan isu kemiskinan dan garis kemiskinan.

Pada 24 Ogos, Alston berkata garis kemiskinan Malaysia agak rendah bersamaan dengan RM980 bagi setiap isi rumah itu yang diterjemahkan menjadi kadar kemiskinan sebanyak 0.4 peratus.

Menurut Alston kadar kemiskinan di Malaysia sepatutnya hampir 15 peratus
"“Kadar 0.4 peratus tidak menunjukkan realiti di peringkat akar umbi. Kita boleh mempersoalkan sama ada kadar sebenar adalah 12 atau 18 peratus, tetapi kadar itu sangat tinggi.

“Walaupun tidak dapat dinafikan Malaysia mencapai pertumbuhan yang mengagumkan dalam mengurangkan kemiskinan dalam tempoh 50 tahun yang lalu, namun dakwaan rasmi bahawa kemiskinan sudah dibasmi atau hanya wujud dalam kelompok kecil di kawasan luar bandar adalah tidak tepat,” kata pelapor khas PBB itu.

TPM: Piagam Umno, PAS cuma penuhi kemahuan sendiri


   

Timbalan Perdana Menteri berkata piagam Umno-PAS yang akan dimeterai tidak lama lagi itu hanyalah perjanjian politik semata-mata yang dibuat untuk kepentingan parti berkenaan.

Menurut Dr Wan Azizah Wan Ismail apa yang dilalukan kedua-dua parti itu hanyalah untuk memenuhi kemahuan masing-masing dan bukannya mencerminkan aspirasi rakyat.

Pada masa sama kata beliau PH pula sedang melakukan usaha yang lebih baik dan ia membabitkan keseluruhan rakyat di negara ini.

"PH hendak buatkan yang lebih baik untuk negara kita dengan mengambil kira seluruh rakyat majmuk di negara kita ini.

"Kerajaan mahu membangunkan Malaysia ini dengan berkongsi kemakmuran yang ada kepada semua, seperti yang dikatakan perdana menteri,” katanya kepada pemberita selepas program Wacana Ilmu Sri Satria di Putrajaya, hari ini.

Siri kelapan wacana berkenaan membawakan Timbalan Pengarah Akedemi Pengajian Melayu Universiti Malaya, Prof Dr Awang Azman Awang Pawi yang menyampaikan syarahan bertajuk Politik Melayu Islam Pasca-PRU14.

Naib Ketua Pemuda PKR, Syed Badli Shah Syed Osman, bertindak sebagai moderator.

Hadir sama Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Nik Omar Nik Abdul Aziz dan Adun Taman Medan, Syamsul Firdaus Mohamed Supri.

Wan Azizah sebelum itu ditanya mengenai piagam yang memetarai secara rasmi kerjasama di antara PAS dan Umno bulan depan.

Ia dijadual ditandatangani pemimpin kedua-dua parti pada 14 Sept ini.

Piagam itu sekali gus menamatkan permusuhan politik antara kedua-dua parti berteraskan Melayu itu yang telah berlarutan puluhan tahun lamanya.

Ada masa lebih 3 tahun
 
Kerjasama umum mereka bermula selepas PRU ke-14 yang menyaksikan Umno - dan BN - kalah buat kali pertama sejak negara merdeka.

Ia semakin dipererat melalui siri pilihan raya kecil selepas itu dan menyaksikan pembangkang terbabit memenangi tiga daripadanya. Bagaimanapun untuk rekod PH pula memenangi lima yang lain.

Kerjasama dengan PAS itu turut menghubungkan parti terbabit dengan dua parti bukan Melayu iaitu MCA dan MIC yang selama ini menyatakan bantahan keras mereka terhadap cadangan pelaksanaan hukum hudud.




Sementara itu, Wan Azizah berkata buat masa ini tidak timbul isu pilihan raya umum ekoran selepas ada pemimpin Bersatu menjangkakan PH mungkin akan kalah jika ia diadakan pada masa terdekat.

Ditanya sama ada PH bersedia jika PRU diadakan, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berkata: "Nak kata kita sedia tu, memang kita (sebagai) parti politik, kena sedia pada bila-bila masa."

Pada masa sama Wan Azizah berkata peralihan kuasa daripada BN kepada PH pada Mei tahun lalu adalah pengalaman pertama negara ini mengubah kerajaan.

Justeru katanya rakyat perlu memberi peluang kepada PH untuk mentadbir dengan lebih baik bagi menangani masalah yang ada.

"Kita tidak biasa ubah kerajaan, dan ini pertama kali. Berilah peluang kerana kita tahu realiti dan (keadaan) dana negara. Ini kita terpaksalah hadapi," katanya.

Semalam, ketua strategi Bersatu, Dr Rais Hussin, memberi amaran PH tidak lagi mendengar suara rakyat dan ia boleh menyebabkan kekalahan jika pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat.

Wan Azizah berkata PH mempunyai masa tiga setengah tahun lagi untuk menunaikan janji-janjinya dan melaksanakan projek-projek yang akan memanfaatkan rakyat.


PM: Kritikan dari dalam tak elok untuk PH


   
Dr Mahathir Mohamad hari ini menafikan kerajaan PH kini semakin bergerak jauh daripada kesederhanaan, sebaliknya menganggap dakwaan itu datang daripada persepsi orang ramai.

Bercakap kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi Bersatu di Putrajaya hari ini perdana menteri berkata memang ada cubaan untuk memecah-belahkan gabungan itu menggunakan isu tertentu.

"Dan sesetengah ahli (PH) - yang bukan anggota kabinet - membuat kritikan terhadap kepemimpinan.
"Nampak macam ada rasa tidak puas hati terhadap kerajaan sekarang. Mereka terfikirkan mengenai beberapa perubahan," katanya.

Namun menurut Mahathir, langkah itu adalah tidak baik kerana ia boleh menyebabkan gabungan berkenaan akan terpecah.

"Penting untuk kita menunjukkan bahawa (gabungan ini) bersatu dan kita mematuhi semua janji yang dibuat semasa membentuk kerajaan," tambah beliau.

Anggota parlimen Langkawi itu juga memberitahu beliau mengadakan perbincangan dengan pemimpin PH bagi mengatasi cubaan memecahkan gabungan itu dari dalam.

Kata Mahathir beliau berbincang tentang hal itu bersama Anggota Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang; serta Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong.

Turut hadir, kata beliau, ialah Ketua Pemuda Bersatu yang juga Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

"Kami berbincang kerana kami berasakan orang ramai membincangkan isu perkauman dengan perasaan marah dan itu tidak baik," katanya.

Selain itu Mahathir juga bertemu Presiden PKR, Anwar Ibrahim, bagi mencari jalan membawa semua pihak agar bersederhana dalam pendirian politik masing-masing.

Rabu, 28 Ogos 2019

Utusan sumbang kemerdekaan, MP Jelutong sumbang apa?


   
Tindakan biadab dan kurang ajar ahli parlimen Jelutong bahawa ‘kematian’ Utusan Malaysia satu kejayaan di bawah Pakatan Harapan (PH) merupakan satu penghinaan kepada akhbar yang banyak berjaya kepada negara ini semenjak negara belum merdeka lagi.

Adakah beliau lupa bahawa sejak 1939 sumbangan Utusan Malaysia melalui wartawan Utusan Melayu pada ketika itu telah membuat seruan kebangsaan melalui pena mereka sehingga orang Melayu bersatu membentuk Umno dan berjuang mendapatkan kemerdekaan pada 1957.

Maka kerana hasil perjuangan itulah, individu seperti ahli parlimen Jelutong mampu menjadi rakyat Malaysia dan hidup aman dan harmoni sehingga mendapat keistimewaan menjadi wakil rakyat.

Sudah tentu Utusan Malaysia tidak rasis dan mempunyai hak untuk membela serta terus memperjuangkan agenda kepentingan bangsa, selaras dengan hak dan kepentingan yang tersedia termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Akhbar tersebut dari dahulu sehingga kini sangat berani membela dan membawa suara orang Melayu yang sedang menghadapi masa depan yang tidak menentu dan terancam.

Jasa tokoh penulis seperti Dr Ishak Haji Muhamad atau Pak Sako kepada seluruh bangsa dan negara ini meliputi pelbagai bidang seperti politik, sastera, bahasa dan kewartawanan.

Beliau menulis dengan penuh dengan kiasan dan amaran tentang peminggiran dan kemelaratan orang Melayu di tanah air mereka sendiri semenjak negara dijajah penjajah lagi.

Jika hendak ditimbang tara antara jasa dan sumbangan Utusan dan ahli parlimen Jelutong, pastinya ibarat emas dengan kapas.

Individu seperti ahli parlimen Jelutong langsung tidak menyumbang kepada negara, apatah lagi sumbangan ke arah perpaduan kaum.

Beliau akan sentiasa tidak senang melihat orang Melayu dan rakyat Malaysia terus bersatu padu dan akan terus membakar api perkauman untuk berusaha melihat Utusan terus berkubur.

Dan melihat keadaan Malaysia hari ini, rakyat Malaysia khususnya masih memerlukan peranan Utusan untuk terus membela dan memperjuangkan agenda bangsa.

Semoga kita semua terus menyokong dan menyumbang untuk kelangsungan akhbar yang banyak berjasa kepada tanah air ini.


*ONN MAHATHIR MD NASIR merupakan ahli Dewan Muda Johor.

Waytha, kenapa diam bila Tun M guna perkataan ‘pariah’?

Kasthuri Jeevendran
 
 Subash



 
KUALA LUMPUR – Beberapa bulan lepas, ketika perbicaraan SRC International, peguam bela Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dikritik habis-habisan kerana menggunakan perkataan estet.

Antara yang paling lantang tidak bukan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy sambil menyifatkan tindakan Muhammad Shafee itu menghina kaum India di negara ini.

Peliknya, ketika Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menggunakan perkataan ‘pariah’ ketika mengulas tentang kritikan berkaitan penerimaan kerajaan dengan kilang memproses nadir bumi, Lynas Corporation Ltd. (Lynas) – Waytha berdiam diri pula.

Justeru Setiausaha Penerangan MIC Kebangsaan,  A. Subash Chandrabose mempertikaikan sikap Waytha yang kononnya mewakili suara masyarakat India.

“Adakah kerana Tun Mahathir adalah bos kamu? Ingin saya ingatkan Waytha, sebelum ini saya ada tegur juga sikap ‘pilih bulu’ pemimpin ini.

“Tun Mahathir pernah menggelar masyarakat India ‘keling’ dan ‘podah’ yang seolah-olah memperlekehkan komuniti itu ketika kempen pilihan raya umum lepas kemudian memohon maaf kerana menggunakan perkataan yang mengguris sensitiviti,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Soal Subash, mengapa ketika itu Waytha hanya sekadar mendiamkan diri sebaliknya dalam isu Muhamad Shafee pula senator itu ‘melompat-lompat’ dan bercakap seperti seorang pejuang kaum India.

Jelas Subash yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi Pemuda MIC Kebangsaan, ada baiknya Waytha mengimbas kembali perjuangan Hindraf  yang diasaskan menentang kerajaan satu masa dahulu dengan membawa masyarakat India ke jalanan.

“Kamu boleh biarkan Tun Mahathir menggunakan perkataan-perkataan menghina memperkecilkan masyarakat kita kerana kamu kini dalam kerajaan, dulu beginilah kamu herdik MIC.

“Sekarang semua sudah duduk dalam gua? Tidak apa, duduk sahaja dalam gua itu, tahulah rakyat untuk mengajar kamu kelak. Jangan gunakan nama kononnya kamu ini pejuang jika semuanya hanya sekadar omong kosong untuk undi.

“Ini namanya kebodohan yang langsung tidak boleh dimaafkan,” tegasnya.

Mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan kata-kata Mahathir itu diluar ambil konteks kerana berkemungkinan itu bukan maksud untuk menghina, Subash berkata mereka senang buat pusingan u dalam apabila terperangkap.

“Pada saya, anda tahu perkataan-perkataan seperti itu menghina, mengapa guna kemudian buat pusingan U kononnya tidak berniat.

Tidak kisahlah siapa kamu, apa yang diperkatakan itu menghina apatah lagi golongan ini juga antara yang paling banyak mengundi kamu,” ujar Subash. –MalaysiaGazette

Ambil kira aspek keselamatan jika mahu perkenal Gojek

Bernama
Gojek
Perkhidmatan Gojek di Indonesia. foto Agensi

JAKARTA –  Gojek, syarikat perkhidmatan rangkaian pengangkutan dan start up yang telah beroperasi di lima negara – Indonesia, Singapura, Vietnam, Thailand dan Filipina, juga dilihat sesuai beroperasi di Malaysia.

Namun Duta Besar Malaysia di Indonesia Zainal Abidin Bakar berkata,  ia perlu menekankan soal keselamatan pengguna atau penumpang yang mendapatkan perkhidmatan membonceng motosikal.

“Setelah bertugas (sebagai duta) di Indonesia, saya fikir Gojek sangat efektif dan boleh diaplikasikan di Malaysia. Malaysia juga menghadapi masalah yang sama (kesesakan lalu lintas).

“(Namun) masalah keselamatan menjadi perhatian di Malaysia dan beberapa hal berkaitan kemalangan dan insurans perlu ditangani pihak berkuasa,” katanya kepada Bernama.

Zainal Abidin, 58, menerima watikah pelantikan sebagai Duta Besar Malaysia daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 21 Mac lepas.

Semalam, pemandu Gojek mengancam untuk mengadakan demonstrasi di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, bagi membantah terhadap satu dakwaan penghinaan terhadap profesion itu oleh pengasas dan penasihat sebuah syarikat teksi Malaysia.

Menurut beberapa laporan media tempatan, yang memetik kenyataan Ketua Nasional Gabungan Aksi Roda Dua (Garda) Indonesia, Igun Wicaksono sebagai berkata, mereka akan mengemukakan surat bantahan kepada Duta Besar Malaysia di Indonesia.

Menurut Igun, jika pihak terbabit tidak membuat permohonan maaf terbuka, mereka merancang untuk mengadakan demonstrasi dan mengepung Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta pada 3 Sept ini.

Gojek diasaskan oleh Nadiem Makarim, 35, yang juga kini Ketua Pegawai Eksekutif syarikat kebanggaan Indonesia itu.

Ia bukan sekadar menyediakan perkhidmatan membonceng motosikal (GoRide) tetapi menawarkan pelbagai perkhidmatan lain seperti GoCar (pengangkutan kereta seperti GrabCar), GoFood (penghantaran makanan), GoBlueBird (perkhidmatan teksi), GoBills ( pembayaran bill semasa), GoMart (perkhidmatan pembelian barangan di supermarket), GoLaundry (perkhidmatan dobi), GoAuto (perkhidmatan membaiki kenderaan) dan banyak lagi.

Pada 2018, Gojek juga mencatatkan nilai transaksi kasar (GTV) lebih US$ 9 bilion di semua negara operasinya, dan menjadikannya kumpulan teknologi pengguna terbesar di Asia Tenggara berdasarkan GTV.

Di Indonesia, bagi tiga bulan pertama 2019, aplikasi Gojek telah dimuat turun lebih daripada 142 juta kali, dengan lebih daripada dua juta rakan kongsi pemandu. – MalaysiaGazette

SIS kebal kerana anak PM di belakang?

Nizam Zain
MGF27082019_KEPUTUSAN-SISTER-IN-ISLAM_10
Penyokong Sisters in Islam (SIS), Datuk Marina Mahathir.

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin mempersoalkan kegagalan pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas Sister In Islam (SIS) walaupun pertubuhan itu sudah diisytiharkan sebagai sesat dan menyeleweng.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Chegubard berkata, SIS masih bebas beroperasi disebabkan pertubuhan itu didakwa dinaungi oleh anak kepada Perdana Menteri (PM), Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Sister In Islam sesat? Masih dibenar menggunakan perkataan Islam? Apa pandangan yang lain?
“Benarkah tindakan tidak diambil tindakan kerana anak PM di belakang?” katanya dalam hantaran terbaru di Facebook miliknya, hari ini.

Semalam, Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan semakan kehakiman oleh SIS Forum (Malaysia) untuk mencabar keputusan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang mengisytiharkan pertubuhan tersebut sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

Hakim Datuk Nordin Hassan memutuskan demikian selepas mendapati mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan yang termaktub dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Forum SIS (Malaysia) pada 31 Oktober 2014 memfailkan permohonan bagi memohon perintah certiorari untuk membatalkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor dan MAIS ITU.

Antara keputusan itu menyatakan, organisasi itu dan mana-mana individu serta kumpulan yang kononnya “berpegang dengan fahaman liberalisme dan pluralisme agama” sebagai “sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam”.

Pihak pemohon juga memohon perisytiharan bahawa keputusan Jawatankuasa Fatwa dan MAIS melalui fatwa tersebut yang mengarahkan sekatan dibuat ke atas laman-laman sosial adalah bercanggah dengan Seksyen 3(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Mereka antara lain memohon perisytiharan iaitu keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor dan MAIS melalui fatwa itu adalah ultra-vires (melampaui batasan undang-undang).

Selain itu, Badrul Hisham turut berkongsi hantaran Facebook Page bernama Anti Mahathir Pro Anwar yang mendedahkan beberapa individu yang mendalangi pertubuhan berkenaan.

Ini termasuklah anak Perdana Menteri, Marina Tun Dr Mahathir dan peguam kontroversi, Siti Kassim.

Menurut Facebook Page itu, SIS di peringkat antarabangsa telah diasaskan oleh seorang bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Amina Wadud yang mengimamkan solat Jumaat di New York, Amerika Syarikat.

Amina mempersoalkan adakah tuhan itu zalim jika hanya membenarkan lelaki mengimamkan solat Jumaat dan menyampaikan khutbah. – MalaysiaGazette

Eksklusif: Hishammuddin Setiausaha Agung BN yang baharu?

Kasthuri Jeevendran
Vikcy-Zahid-Ka-Siong


KUALA LUMPUR – Tular sekeping gambar ‘perjumpaan’ antara presiden komponen  Barisan Nasional iaitu UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran; dan MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong malam tadi.

Sumber MalaysiaGazette memberitahu, ketiga-tiga pimpinan tertinggi ini telah mengadakan perbincangan dan kemudian sebulat suara bersetuju untuk sedikit perubahan jawatan dalam komponen BN ketika ini yang diterajui Zahid selaku Pengerusi.

Masing-masing, MIC dan MCA telah bersetuju dengan cadangan supaya jawatan Setiausaha Agung BN diberikan kepada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang sebelum ini merupakan mantan Naib Presiden UMNO.

Dengan keadaan politik negara yang semakin meruncing, jawatan yang bakal dipertanggungjawabkan kepada Hishammuddin itu akan menjadi satu cabaran untuk menjadikan komponen BN sebagai pembangkang lebih ‘kuat dan efektif’ berbanding sebelum.

Malah kata sumber itu, Hishammuddin mampu menggalas tanggungjawab tersebut apatah sudah memiliki pengalaman serta kepakaran dalam arena politik arus perdana untuk puluhan tahun selama ini.

Sebelum ini, selepas kekalahan kerajaan BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, Hishammuddin yang merupakan Ahli Parlimen Semborong telah mengumumkan dirinya untuk tidak bertanding sebarang jawatan dalam Umno di peringkat pusat pada pemilihan parti lepas.

MalaysiaGazette kemudian menghubungi kedua-dua Presiden MIC dan MCA namun hanya berjaya mendapat respon daripada Vigneswaran pada masa ini.

Ketika ditanya tentang pengesahan berita pelantikan serta intipati perbincangan malam, Vigneswaran enggan mengulas dengan terperinci sebaliknya memberikan kuasa itu kepada Zahid untuk melakukan rombakan tersebut.

Bagaimanapun, kata Vigneswaran yang juga merupakan Yang Dipertua Dewan Negara, beliau dan Ka Siong selaku Presiden parti masing-masing sebenarnya mengalu-alukan berita itu.

“Pengerusi BN akan mengulas dengan lebih lanjut malah lantikan ini akan menga,bil tempat mengikut perlembagaan parti seperti yang termaktub.

“Biar Zahid membuat keputusan dan rombakan yang sepatutnya tentang lantikan ini, bagi kami kita sentiasa mengalu-alukan keputusan ini,” katanya ringkas.
MGF27072017_HISHAMUDDIN_PARLIMEN_05
Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.
Sebelum ini, jawatan Setiausaha Agung BN yang dipegang Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sejak Oktober tahun lalu tidak diperakukan dengan sah mengikut kepada Perlembagaan parti tersebut.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor masih lagi menyandang jawatan berkenaan sejak tahun 2009. – MalaysiaGazette

Ahli PKR buat laporan polis gara-gara Tun M sebut ‘pariah’

Wartawan MalaysiaGazette

MGF18082019_PERASMIAN-KONGRES-STATISTIK-SEDUNIA_17
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR – Isunya Lynas Corporation tetapi satu laporan polis dibuat kepada Perdana Menteri kerana perkataan ‘pariah[.

Laporan itu pula dibuat oleh beberapa ahli PKR Kapar – sebahagian daripada parti komponen Pakatan Harapan.

Difahamkan, laporan itu dibuat oleh ahli PKR bernama V. Maneyvannan bersama tiga lagi individu lain di Balai Polis Sungai Kapar dekat Klang.

Beliau mendakwa Tun Dr. Mahathir Mohaamd menggunakan perkataan itu yang didakwa mengguris hati masyarakat India.

Justeru, mereka mahu Mahathir memohon maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

Mereka juga mahu Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan sewajarnya dengan segera.
Menurut Maneyvannan seperti laporan FMT berkata, Mahathir tidak sepatutnya menggunakan perkataan itu.

“Kerana jika beliau berbuat demikian, kumpulan lain akan menggunakannya juga,” katanya yang tahu perkataan itu dalam kamus merujuk kepada golongan dipinggirkan.

Maneyvannan turut mendakwa penggunaan perkataan itu membayangkan Malaysia mengamalkan sistem kasta.

Semalam, Mahathir dilaporkan berkata, Lynas Corporation tidak boleh diminta keluar dari negara ini “seperti pariah” kerana ia akan merosakkan pelaburan masa depan di Malaysia.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:Lynas pelaburan besar, tidak boleh layan seperti pariah- Tun M

Zahid: Hadi jadikan dunia lebih baik

MALAYSIAKINI

   

Presiden Umno, Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan pertemuan dengan Presiden Abdul Hadi Awang di kediamannya, di Kajang, pagi tadi.

Menurut maklumat yang diperoleh media semalam, pertemuan itu berlangsung kira-kira jam 11 pagi tadi.

Bagaimanapun, pihak media tidak dibenarkan untuk membuat liputan mengenai pertemuan dua parti dominan orang Melayu itu.

Mengulas secara ringkas di laman sosial Facebooknya, Ahmad Zahid berkata pertemuan antara pemimpin parti itu hari ini amat positif.

"Ada beberapa insan yang membuatkan dunia ini lebih baik kerana keberadaannya. Kalian adalah salah seorang dari insan tersebut.

"Pertemuan dan perbincangan saya dan rakan-rakan kepimpinan Umno bersama YB Dato seri presiden PAS dan saf kepimpinan PAS di kediaman saya.

"Pertemuan dan perbincangan amat positif dan memperkukuhkan lagi penyatuan ummah," tulis Ahmad Zahid di Facebooknya.

Umno dan PAS membentuk kerjasama politik selepas BN tewas buat pertama kalinya dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 lalu.

Kerjasama yang dikenali sebagai "taawun siyasi" oleh PAS itu bertujuan membentu kerjasama politik bagi menghadapi PRU yang akan datang.

Untuk rekod Umno dan PAS akan memeterai satu piagam ataupun perjanjian kerjasama yang dijadualkan berlangsung 14 Sept nanti.

Umno dan PAS menyasarkan kehadiran kira-kira 10,000 ahli dan penyokong parti pada majlis yang penuh bersejarah itu.

Dalam pada itu di Facebooknya, Ahmad Zahid turut memuat naik gambar-gambar pertemuan mereka yang turut dihadiri pemimpin parti masing-masing.

Antara pemimpin Umno yang hadir pada pertemuan itu, Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan; tiga naib presiden iaitu Ismail Sabri Yaakob, Mahdzir Khalid dan Khaled Nordin; Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa dan Bendahari Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor.

Barisan pemimpin PAS yang hadir pula Naib Presiden PAS, Idris Ahmad, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan.

Malaysiakini dimaklumkan pertemuan itu memberi fokus kepada agenda penyatuan ummah yang akan berlangsung termasuk membincangkan piagam yang bakal dimeterai.

Selepas Ahmad Zahid, Abdul Hadi malam ini turut memuat naik gambar pertemuan mereka pagi tadi di kediaman bekas timbalan perdana menteri itu.

"Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Muafakat membawa berkat.

"Islam memimpin perpaduan," tulis Abdul Hadi di Facebooknya.


Siti Kasim tubuh NGO Maju bawa suara 'sederhana, progresif, liberal'



   
Peguam dan aktivis Siti Kasim hari ini melancarkan NGO Malaysian Action for Justice and Unity Foundation, atau Maju, yang menurutnya bertujuan menjadikan suara rakyat Malaysia yang "sederhana, progresif dan liberal" lebih didengari.

Siti yang memang dikenali dengan kelantangannya berhubung isu hak asasi menusia berkata golongan itu dilihat takut untuk mempertahankan hak mereka.

"Kami menyedari suara rakyat daripada golongan yang sederhana, liberal dan progresif adalah tidak didengari dan tidak teratur.

"Suara atau pendapat mereka sering kali tidak dikemukakan kerana mereka takut dan mengaggap telah melakukan satu kesalahan.

"Ini akan menyebabkan suara dan pendapat yang ingin dikemukakan tidak sampai kepada pihak yang sepatutnya dan hilang begitu sahaja," katanya dalam sidang media pelancaran Maju di sebuah restoran di Pataling Jaya, Selangor hari ini.

Menurutnya, Mahu tidak dipengaruhi mana-mana parti politik sebaliknya hanya akan memberi tumpuan melindungi hak dan kebebasan warganegara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Kami berharap pertubuhan ini akan mendapat sokongan padu daripada aktivis, pelobi, pakar strategi perhubungan dan peguam yang mengendalikan kes berkaitan kepentingan awam, ke arah mencapai kesamarataan, keadilan dan kebebasan khususnya untu komuniti yang lemah dan ketinggalan," katanya.

Menurut Siti, antara perkara yang menjadi keutamaan Maju ialah memperkasakan kebebasan awam, perlindungan komuniti terpinggir, pendidikan yang progresif dan perpaduan rakyat.

Mereka yang ingin menganggotai Maju boleh melawat ke laman sesawangnya dan akan mendapat nombor keahlian dengan bayaran RM50 setahun.

"Kita mahukan pendaftaran dengan cara yang betul kerana selama ini, hanya parti politik yang mendakwa mempunyai penyokong dengan angka mereka," katanya yang mengharapkan NGO itu berjaya mengumpul satu juta ahli.


'Jumpa saya seperti seorang ayah'

Bernama  

   

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meminta supaya penyerang, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi berjumpanya secara peribadi, bagi menyelesaikan sebarang masalah dihadapi.

Ahmad Faizal berkata beliau menganggap pemain kebangsaan itu sebagai 'anak sendiri', memandangkan Shahrel Fikri antara pemain yang rapat dengannya, berbanding pemain lain dalam skuad ‘The Bos Gaurus’.

"Shahrel Fikry saya anggap sebagai anak saya sendiri. Jadi tentunya kalau ada masalah saya harap dia dapat berjumpa dengan saya bukan sebagai presiden Pafa, tetapi sebagai ayah dia," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas Program Kempen Sayangi Sawitku Bersama Penjawat Awam Negeri Perak, di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini yang turut dihadiri Menteri Perusahaan Utama, Teresa Kok.

Ahmad Faizal mengulas mengenai tindakan Muhammad Shahrel atau lebih popular dengan panggilan 'Eky' itu, yang memadam semua gambarnya bersama pasukan Perak dalam saingan Liga Malaysia 2019.

Rata-rata netizen menganggap tindakan yang dilakukan oleh Muhammad Shahrel itu sebagai tanda kekecewaan, kerana jarang diturunkan sebagai pemain utama oleh ketua jurulatih, Mehmet Durakovic.

"Cerita dia (Shahrel Fikry) memadamkan gambar dalam Instagram dia pun saya tidak tahu, saya pun tidak tahu jika ada masalah dalam skuad (Perak). Terima kasih (wartawan) kerana memaklumkan kepada saya dan saya akan perhatikan," katanya.

Mengulas masa depan Muhammad Shahrel bersama pasukan naib juara Piala FA, Ahmad Faizal mahu pemain berkenaan terus berada dalam pasukan, kerana potensi yang dimiliki oleh jentera penyerang Perak itu.

"Namun sebagai presiden Pafa, saya sentiasa menghormati keputusan yang dibuat oleh Exco Pafa dan pengurus pasukan.

"Kita tidak boleh ada banyak kepala, tak boleh ada banyak jeneral. Kalau kita dah buat keputusan untuk memberi tangungjawab kepada seseorang itu, kita perlu menghormati keputusan yang dibuat," katanya.- Bernama


Kelantan dikata miskin tapi 65 penerbangan sehari - Mohd Amar


   

Ketika Kelantan diumum sebagai negeri termiskin di Semenanjung Malaysia, kerajaan Kelantan menyatakan banyak sudut perlu dilihat untuk dibuat penilaian lebih tepat.

Timbalan Menteri Besar, Mohd Amar Abdullah berkata, meskipun ramai rakyat negeri ini tidak mempunyai kerja tetap tetapi mereka memiliki harta seperti tanah, kebun dan rumah sewa.

"Orang Kelantan ini kadang-kadang duit tak ada, tapi harta dia banyak. Dia ada tanah, kebun dan rumah sewa, orang tengok dia tidak ada duit berdaftar tetapi dia ada pendapatan yang tak diisytihar.

"Jadi merujuk pangkalan data e-Kasih mengenai rakyat miskin dan jumlah peminjam Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sahaja tidak memadai untuk dijadikan penunjuk yang lebib tepat. Kita tak tolak data itu tapi banyak sudut perlu diambil kira," katanya kepada media selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin, semalam yang memaklumkan Kelantan negeri ketiga termiskin di Malaysia selepas Sabah dan Sarawak.

Statistik dalam pengkalan data e-Kasih sehingga Jun lalu menunjukkan miskin tegar di Kelantan adalah seramai 6,218 orang manakala golongan miskin seramai 31,217 orang.

Sementara itu Mohd Amar sempat berseloroh walaupun Kelantan negeri miskin, tetapi mempunyai 65 penerbangan setiap hari menggunakan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

"Kalau kita tengok penerbangan, ada 65 penerbangan (di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra) setiap hari dan hampir penuh, takkan orang miskin naik kapal terbang?

"Sebab itu saya kata kena tengok pelbagai sudut. Kalau daftar e-Kasih dan jumlah pinjaman AIM sahaja tidak tepat dan sebab itu banyak pihak yang mempertikai," katanya.