Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan pengkritik yang mengaitkan kemusnahan hutan di Malaysia dengan minyak sawit sebagai “tidak berasas, tidak adil dan tidak wajar”.
“Isu kemusnahan hutan dikaitkan dengan penanaman minyak sawit sentiasa diperjuangkan pengkritik kita.
“Tuduhan yang mengaitkan minyak sawit ke atas penebangan hutan adalah tidak berasas ,tidak adil dan tidak wajar”katanya ketika berucap pada majlis perasmian Pameran Hutan Kita di Menara Kuala Lumpur, hari ini.
Katanya, dakwaan itu membawa kesan negatif kepada Malaysia yang bergantung kepada industri minyak sawit untuk meningkatkan kesejahteraan sosial ekonomi rakyatnya sejajar matlamat pembangunan mampan.
“Malaysia kini berdepan cabaran apabila dituduh meletakkan keperluan untuk pembangunan berbanding keperluan hutan kita,
“Tuduhan ini membawa impak negatif kepada Malaysia yang sangat bergantung kepada industri Minyak Sawit untuk meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi rakyat kita bagi membantu kita mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs),” katanya.
“Langkah-langkah itu bagi memastikan industri ini (kelapa sawit) tidak menyebabkan kemusnahan alam sekitar serta untuk mengelakkan amalan yang tidak lestari seperti pemusnahan hutan dan habitat hidupan liar.
“Industri minyak sawit Malaysia kini memfokuskan untuk meningkatkan produktiviti dan hasil dan bukannya memperluas tanah bagi mengelakkan pembasmian hutan dan perubahan tanah secara langsung atau tidak langsung,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan