Polis mengesahkan menerima notis daripada penganjur himpunan 'Say No to Zakir Naik, Equal Rights to Indians & Other Races', tetapi berkata notis tersebut tidak lengkap dan tidak memenuhi keperluan undang-undang.
"Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak menyertai himpunan ini bagi memastikan keselesaan dan kesejahteraan penduduk setempat sentiasa terpelihara," kata pemangku Ketua Polis Brickfields Arifai Tarawe dalam kenyataan, semalam.
Katanya, notis tersebut mengikut seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 berhubung hasrat mengadakan himpunan di Little India, Brickfields pada pukul tujuh petang, 24 Ogos.
Arifai juga menggesa orang ramai agar tidak menyertai satu lagi himpunan pada hari ini berkenaan isu sama, atas sebab notis yang diberi juga tidak lengkap.
"Dia tak akan hadir tetapi saya akan bercakap untuk pihaknya," katanya kepada Malaysiakini.
Arun berkata himpunan itu akan menyentuh beberapa isu, antaranya keberadaan Dr Zakir Naik di sini walau dikehendaki pihak berkuasa India, penukaran agama sepihak terhadap individu bawah umur, masalah kewarganegaraan dan isu pengagihan dana yang diperuntukkan kepada Unit Transformasi India Malaysia (Mitra) Jabatan Perdana Menteri.
Penganjur himpunan Shankar Ganesh berkata di menjangka himpunan itu akan diteruskan tanpa masalah.
"Himpunan akan diteruskan. Kami telah bertemu Menteri Wilayah Khalid Samad di Putrajaya hari ini (semalam) dan dia setuju untuk terima memorandum kami pada pukul lima petang Sabtu ini," katanya.
Bagaimanapun seorang pembantu Khalid berkata dia tidak tahu-menahu tentang pertemuan itu dan tidak dapat mengesahkan sama ada ia benar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan