HALAMAN SANTAI

Ahad, 25 Ogos 2019

Negara mungkin gubal pindaan undang-undang pinggirkan Melayu

Mohammad Arif Nizam
MGF25082019_Konvensyen-Perpaduan-Ummah-Nasional_04
Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Aminuddin Yahaya berucap pada Konvensyen Perpaduan Ummah Nasional di Hotel International Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI
 

KUALA LUMPUR – Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) mendakwa Malaysia kini berhadapan dengan cadangan untuk meminda beberapa akta dan dasar utama negara.

Pengerusinya, Aminuddin Yahya berkata, antara cadangan itu melibatkan Akta Hasutan, penghapusan hukuman mati dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

Tegas beliau, semua pindaan itu membabitkan orang Melayu, Majlis Raja-Raja dan juga agama Islam.

“Pindaan ini jika berlaku akan terus meminggirkan kedudukan Raja-Raja, orang Melayu dan agama Islam.

“Pindaan Akta Hasutan akan membolehkan mereka mengkritik kedudukan Raja-Raja dan orang Melayu tanpa boleh diambil tindakan.

“Penghapusan hukuman mati pula bukan sahaja bertentangan dengan syarak tetapi kejadian jenayah pembunuhan akan semakin meningkat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen Perpaduan UMMAH Nasional di sini hari ini.

Aminuddin menambah, pindaan Dasar Kebudayaaan Kebangsaan yang berteraskan Melayu dan agama Islam pula tidak akan lagi dijadikan asas dan mengembangkan unsur budaya negara.

Menurutnya, ia hanyalah merupakan sebahagian akta dan dasar negara yang dicadang akan dipinda kerana diumumkan bahawa terdapat 100 perkara akan dipinda dalam masa terdekat ini.

“Apakah perkara-perkara yang akan dipinda? Sehingga sekarang rakyat tidak diberitahu perkara tersebut tetapi hanya sekadar pemerhati yang menunggu malapetaka yang akan menimpa.

“Kita yakin ini bukan terjadi secara tidak sengaja tetapi memang telah dirancang oleh pihak tertentu untuk melemahkan kedudukan pribumi dan agama Islam.

“Namun mereka masih berkeras mahu bantahan dibuat bantahan demi melaksanakannya. la hanya sekadar menunggu masa yang sesuai sahaja,” katanya. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: