HALAMAN SANTAI

Selasa, 27 Ogos 2019

Fitnah Dan Api Perkauman Bakal Musnahkan Negara

Oleh Che Ibrahim Mohamed



Sebelum ini Negara hampir musnah dan bangkrap akibat klektokrasi BN yang meranggah harta Negara. Berbilion wang negara hilang dan diselewengkan demi memenuhi nafsu rakus segelintir pemimpin yang mahu menjadikan negara CASH IS KING @ Duit Sebagai Raja.

Gerakan memusnahkan Negara melalui dasar CASH IN KING ini semakin menjadi jadi bila BN berjaya menjinakkan " Singa Islam" dengan menanam angan angan palsu untuk menjadi KING MAKER @ Pelacur Politik yang bersedia menjualkan tubuh untuk melindungi kerajaan klektokrasi BN yang ditunggang oleh UMNO. 
 
Setelah rakyat menyekat mereka dan menyelamatkan negara dari punoh dan musnah dalam PRU 14 yang lalu dengan menolak BN sekaligus menggagalkan hasrat sebuah parti penunggang agama untuk menjadi KING MARKER, kini mereka menukar strateji untuk memusnahkan negara melalui gerakan fitnah dan perkauman.

Fitnah, provokasi dan perkauman disebar umpama api yang membakar sekam, menunggu ribut taufan untuk membakar hangus. Semuanya dilakukan kerana dendam dan kecewa akibat rakyat menolak mereka dan tidak mahu mereka sebagai pemerintah negara.

Mereka rela Negara tidak tenteram, rakyat hidup dalam kegelisahan dan kecelaruan melalui fitnah dan adu domba yang mereka reka dan cipta, bahkan mereka sanggup melihat perang antara kaum berlaku di negara ini, semuanya kerana dendam dan kecewa akibat kalah dalam pilihanraya, lalu api kebencian kaum dan sentimen agama dimainkan.

Malangnya kerajaan yang menjadi harapan rakyat melihat dengan mata yang seolah olah tertutup, tangan yang seolah olah terikat serta perasaan hati yang seolah olah reda dengan situasi yang berlaku, lalu fitnah, adu domba dan kebencian kaum dibiar disebar umpama angin yang meniup masuk dicelah mana yang mereka suka.

Jangan kecewakan rakyat sekali lagi, kerana sesungguhnya kekecewaan rakyat yang lalu akibat penyelewangan dan kemusnahan pemerintah yang lalu masih belum sembuh lukanya dan kesannya yang masih terasa.
 
 

Tiada ulasan: