HALAMAN SANTAI

Selasa, 27 Ogos 2019

Jangan layan Lynas seperti ‘paria’ – Dr M

THE MALAYSIAN TIMES



KUALA LUMPUR: Lynas Malaysia Sdn Bhd, syarikat perlombongan nadir bumi, tidak wajar dilayan sebagai orang terbuang memandangkan ia membawa pelaburan besar serta pekerjaan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Ia merupakan pelaburan besar, RM1.7 bilion. Ia mewujudkan 700 pekerjaan berkualiti tinggo, pekerjaan yang membayar upah yang tinggi. Ia perlu untuk pelaburan kita.

“Jika anda layan Lynas seperti paria, dan meminta mereka meninggalkan negara ini, kita tidak akan dapat menarik orang lain untuk melabur di negara ini,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Persidangan Pelancongan Dunia 2019 yang turut dihadiri Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi, di sini hari ini.

Dr Mahathir ditanya mengenai dakwaan oleh pengkritik syarikat pelombong nadir bumi itu bahawa lesen syarikat berkenaan diperbaharui kerana hubungan eratnya dengan kerajaan Jepun.

Dalam jawapan ringkasnya, beliau berkata “Ia tidak ada hubungan dengan Jepun”.

Laporan sebelum ini menyebut bahawa kerajaan membaharu lesen operasi Lynas yang akan tamat tempoh bulan depan, kepada enam bulan, dengan syarat mencari tapak pelupusan kekal untuk residu penulenan air (WLP) yang dihasilkan.

Pelanjutan sehingga 2030 untuk membayar balik US$147 juta (RM620 juta) akan membantu Lynas mematuhi pelan pengembangan 2025nya.

Pada Ahad, satu perhimpunan diadakan untuk menentang pelanjutan lesen operasi loji pemprosesan nadir bumi milik Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas).

Tiada ulasan: