HALAMAN SANTAI

Ahad, 25 Ogos 2019

Bekas ketua polis negara bidas pihak guna taktik ‘diskriminasi terbalik’ buat tuntutan

Musa Hassan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan 
terhadap pihak yang membangkitkan isu perkauman dan menghina 
kaum Melayu, agama Islam serta institusi diraja.

KUALA LUMPUR: Bekas ketua polis negara, Musa Hassan mendakwa ada pihak yang menggunakan taktik “diskriminasi terbalik” ketika membuat tuntutan dengan mengatakan mereka ditindas orang Melayu.

“Padahal tidak ada, tetapi apabila orang Melayu bercakap berkaitan hak mereka dan tuntutan mereka yang terletak dalam Perlembagaan Persekutuan, mereka kata orang Melayu rasis.

“Ini adalah provokasi supaya kita melenting dan katakan orang Melayu akan menindas mereka,” katanya ketika berucap dalam Konvensyen Perpaduan Ummah Nasional bertemakan “Ummah Berpakat Islam Berdaulat” hari ini.

Beliau menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pihak yang membangkitkan isu perkauman dan menghina kaum Melayu, agama Islam serta institusi diraja demi mengekalkan keamanan di Malaysia.

“Sekiranya tidak, negara ini akan kucar-kacir. Kita sebagai umat Islam harus tenteram dan tidak perlu kita terus melatah dan terus naik semangat untuk melakukan sesuatu yang tidak betul kerana kita ada undang-undang.

“Kalau kita pentingkan diri, maka kita perlu menentukan pemimpin Islam dilantik.”

Beliau menyeru umat Islam dan orang Melayu bersatu untuk memastikan perpaduan negara terus terjamin.

“Ini kerana apabila orang Melayu itu ada perpaduan, kita boleh meneruskan Islam tidak menganaktirikan lain-lain bangsa.”

Tiada ulasan: