HALAMAN SANTAI
Sabtu, 31 Ogos 2019
Piagam PAS-UMNO belum dimenterai lagi, PH dah nak pecat pimpinan mereka
Persetujuan diantara Pas dengan Umno untuk bergabung dan bekerjasama yang akan dipamerkan dalam majlis menandatangani Piagam Ta'awun Siyasi 14 September 2019 di Bangunan UMNO PWTC nanti adalah satu titik tolak politik besar demi untuk negara Malaysia akan datang.
Peristiwa 14 September bersama 11 Muharram 1441 akan datang ini adalah peristiwa besar yang penting bagi umat Melayu khasnya dan dunia politik amnya.
Peristiwa kehadiran lebih 10,000 pimpinan peringkat bawahan seluruh negara kedua-dua parti PAS dan UMNO ini menjadi satu titik tolak politik kebncian dikuburkan dan POLTIK MATANG DAN SEJAHTERA akan memainkan peranan dalam politik tanah air.
Piagam Ta'awun Siyasi akan disambut dengan takbir, Allahuakbar! dan gemaan Hidup Melayu! oleh Pas dan Umno. Bagi mereka kejayaan mengadakan gabungan dan kerjasama politik itu merupakan satu kelahiran politik baharu di negara ini yang akan mengubah era politik tanah yang selepas 62 tahun merdeka.
Bagi setengah pimpinan PH mengatakan peristiwa itu hanya gimik dan sia-sia sahaja, atau Umno dan Pas hanya mencari kepentingan politik semata-mata. Itu cara berfikir yang sangat rendah dikalangan pimpinan PH daripada puak PKR.
Manakala ada yang berfikir matang, akal terbuka berkata sekiranya PH gagal menunaikan janjinya dalam manifesto PH akan kalah sekiranya diadakan pilihan raya dalam masa terdekat, (esok). PAS dan UMNO akan menjuara rakyat.
Tapi malang Dr Mahathir Mohamad mahu mengambil tindakan (pecat) terhadap Ketua Operasi dan Strategi PPBM, Rais Hussin kononnya kenyataan ini boleh melemahkan PH.
Sebenarnya, secara halus Rais ingin menyampaiak maksud PH yang gagal memenuhi janji dalam manifesto kerena kelemahan kabinet mereka. Kegagalan ini adalah kerana ketidakmampuan para menteri kabinet berfikir untuk melaksanakan janji manifesto untuk keselesaan rakyat.
Mahathir pula disabotaj oleh rakan PH.
14 September 2019 nanti tarikh keramat menandatangani piagam akan menjadikan orang Melayu sebagai teras negara dan mereka berhimpunan untuk memberi komitmen tinggi kepada bangsa dan agama menerusi kedua parti Melayu terbesar PAS- dan UMNO.
Seketa puluhan tahun akan ditanam dan bangsa Melayu bangkit demi Kesatuan Islam demi Penyatuan Ummah.
*NASIR RAMLEE
https://web.facebook.com/nasirramlee89
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan