KUALA TERENGGANU — Mentri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad
Samsuri Mokhtar mendedahkan isterinya hampir menjadi mangsa sindiket
penipuan Macau atau dikenali “Macau Scam”.
Beliau berkata individu tidak dikenali bertanya sama ada Toh Puan Seri Tuan Faizah Abd Rahman pernah menggunakan khidmat kereta pandu sendiri di London sebelum cuba mendapatkan nombor akaun banknya.
“Isteri yang menyedari cuba diperangkap ahli sindiket
Macau scam (penipuan) spontan menjawab (dia) pernah menggunakan khidmat
kereta sewa pandu sendiri dan memandu kenderaan itu hingga ke London,”
katanya seperti dilapor Berita Harian.
“Bagaimanapun individu itu kemudian memutuskan talian telefon selepas usahanya mendapatkan nombor akaun dan butiran kad bank gagal.”
Meminta
orang ramai berhati-hati dengan taktik penipuan tersebut, Samsuri
berkata sindiket berkenaan mencari mangsa tidak mengira golongan
termasuk pelajar universiti.
Justeru,
wakil rakyat Rhu Rendang berharap Bank Negara Malaysia dan agensi
penguat kuasa agar terus membuat pemantauan dan mengambil tindakan
segera.
Berdasarkan laporan media, sindiket penipuan itu giat mempedaya orang ramai mengakibatkan sesetengah mangsa kehilangan puluhan ribu ringgit.
Beliau berkata individu tidak dikenali bertanya sama ada Toh Puan Seri Tuan Faizah Abd Rahman pernah menggunakan khidmat kereta pandu sendiri di London sebelum cuba mendapatkan nombor akaun banknya.
“Bagaimanapun individu itu kemudian memutuskan talian telefon selepas usahanya mendapatkan nombor akaun dan butiran kad bank gagal.”
Berdasarkan laporan media, sindiket penipuan itu giat mempedaya orang ramai mengakibatkan sesetengah mangsa kehilangan puluhan ribu ringgit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan