HALAMAN SANTAI

Selasa, 27 Ogos 2019

Gojek:Pelbagai Perkhidmatan Sebagai Pilihan

Oleh Norman Liverpool


Perkhidmatan Go Jek iaitu perkhidmatan teksi motor yg cuba di bawa ke negara ini saya tentang dgn syarat... Biar saya beritahu kenapa saya tentang dahulu.

1. Motorsikal sgt bahaya utk penumpang. Risiko kemalangan sgt tinggi. Kecederaan serius dan kematian adalah risiko yg sering dihadapi penunggang dan pembonceng motorsikal.

2. Ia tidak Islamik terutama jika pembonceng atau penunggangnya berbeza jantina.

3. Tidak selesa memandangkan ia terdedah kpd panas dan hujan.

4. Motorsikal selalunya dipandu anak muda yg memang terkenal cara pemanduan yg bahaya.

5. Patut diberikan kpd syarikat ehailing tempatan.

6. Sistem LRT, MRT, ERL, Komuter, Grab, Teksi semuanya akan terjejas.

Itu antara kebimbangan saya. Namun jika Kerajaan sanggup dgn syarat2 lain seperti...

1. Ia mesti sebuah motorsikal Scooter berbumbung, berhawa dingin dan mempunyai tempat duduk khas di belakang penunggang seperti Scooter EV3 elektrik (seperti digambar ).

2. Penunggangnya mesti berumur 25 tahun ke atas.

3. Hanya digunakan sekitar pusat Bandaraya dan Persisir Bandaraya ( bukan jarak yg jauh seperti KL- Kajang ).

4. Motorsikal canggih harganya tentu tidak perlu terlalu berbeza dgn Grab. Ia murah sedikit dari perkhidmatan Grab, LRT dn lain2nya sebab tidak boleh bawa barang.

5. Kelebihannya hanya murah sedikit dan lebih cepat.

6. Kekurangannya perkhidmatan ini ia tidak boleh ke destinasi yg jauh seperti Rawang, Kajang, Sg Buluh, Shah Alam dan lokasi2 yg lainnya. Pertama faktor keselamatan dan yg lebih penting tidak mahu perkhidmatan LRT, MRT, Teksi dan Grab terjejas.

Kita buat cara kita. Motorsikal yg selesa dan sesuai. Jakarta, Manila dan Bangkok adalah bandaraya yg sakit. Kesesakkan yg melampau dan taraf kehidupan yg agak sedikit di bawah kita.

Jadi biar perkhidmatan awam sesuai dgn gaya hidup. Sesuai dgn negara maju yg ingin kita cita citakan. Kata nak pakai kereta terbang... takkan nak tgk pelancong naik motor XC90 
 
 

Tiada ulasan: