HALAMAN SANTAI

Rabu, 21 Ogos 2019

Kementerian siasat Jalur Gemilang terbalik diedar ke sekolah

(Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan akan menyiasat isu Jalur Gemilang terbalik yang diedar ke sekolah selepas gambar bendera-bendera kecil yang didakwa dihantar ke sebuah sekolah tular di media sosial.

“Kementerian akan segera menyiasat perkara ini,” kata Menteri Pendidikan Maszlee Malik di Twitter hari ini.

Media sosial kecoh melihat gambar bendera-bendera kecil dengan Jalur Gemilang terbaik yang dikongsi seorang pengguna hari ini.

“Dari adik saya, dia cakap di sekolah kawan, pembekal menghantar bendera semua terbalik. Ini bukanlah lagi satu kesilapan. Ini sudah melampau.
“Tidak dijelaskan kenapa bendera itu terbalik. Sekarang ini pula memang tengah panas isu bendera terbalik. Kebetulan? Saya rasa tidak,” kata pengguna itu.

Sebelum itu, pengguna media sosial juga mempersoalkan gambar-gambar memaparkan Jalur Gemilang dikibarkan terbalik di beberapa lokasi.

Tiada ulasan: