HALAMAN SANTAI

Jumaat, 5 Jun 2020

Bimbang kalah teruk, PH Johor tidak setuju DUN dibubar

http://cempedakcheese.com

Pakatan Harapan (PH) Johor dilihat kurang setuju sekiranya Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan bagi memberi laluan supaya pilihan raya peringkat negeri dapat diadakan.

Ini kerana, mereka percaya rakyat sudah tidak boleh ditipu lagi dengan manifesto dan janji-janji manis seperti yang mereka lakukan pada PRU-14 yang lalu.

Disebabkan itu, hari ini PH Johor sebulat suara menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mahu kemelut politik di negeri itu dihentikan.

Terdahulu, Sultan Johor meluahkan rasa amat kecewa dengan kemelut politik yang masih berlaku di negeri ini kerana ada pemimpin yang gila kuasa dan terus merebut jawatan demi kepentingan diri mereka.

Beliau bertitah tidak akan teragak-agar untuk bubarkan DUN serta merta dan memberi peluang kepada rakyat negeri Johor untuk memilih wakil mereka yang baharu.


Tiada ulasan: