DESAS-DESUS mengatakan wujud ‘Langkah Rawang’ sebagai strategi untuk merombak Kerajaan Negeri Selangor hanya tinggal spekulasi.
Dalam pertemuan wartawan Suara Merdeka dengan Exco Kerajaan Negeri, Mohd. Khairuddin Othman sekali lagi menegaskan kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Selangor adalah stabil.
BACA > Netizen kongsi bagaimana Jepun ‘ajar’ pemandu mabuk — Suara Merdeka
Beliau tidak menafikan wujud hal demikian, namun turut menegaskan penjelasan sudahpun diberi oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Hal berkenaan sudahpun dijawab oleh Datuk Seri Presiden (Anwar Ibrahim) tentang ‘Langkah Rawang’.
“Yang Berhormat Presiden menyokong kepimpinan yang ada di Selangor dan setakat ini saya tidak dengar lagi any movement on Rawang,” katanya.
Beliau berkata demikian mengulas isu dakwaan ‘Langkah Rawang’ sebagai usaha untuk melantik Anwar sebagai Menteri Besar Selangor.
BACA > Rusuhan AS: Pasukan bersenjata dikerah — Suara Merdeka
BACA > Wajah mangsa perkauman Floyd diabadi pada tembok apartheid Israel — Suara Merdeka
Dakwaan sedemikian wujud sebelum ini apabila terdapat Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rawang bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding.
Desas-desus berkenaan dikuatkan lagi dengan kenyataan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang tidak menghalang pemimpin Selangor PKR Selangor untuk menyokong Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam pada itu, Mohd. Khairuddin turut memberitahu bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri masih berfungsi dan tidak terlalu ‘bermain politik’ dengan isu berkenaan.
“Kita fokus dengan program-program rakyat. Kita juga fokus program menangani Koronavirus (Covid-19).
BACA > Kerajaan rapuh, serapuh keropok kentang — Suara Merdeka
BACA > ‘Selangor Xtiv Virtual 2020’ tawar hadiah RM413,000 — Suara Merdeka
“Selangor kita tidak politicizing banyak sangat dalam situasi Covid-19 ini,” jelasnya selepas melancarkan program ‘Selangor Xtiv Virtual 2020 di Foyer bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, di Shah Alam, hari ini. – SM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan