“Kempen tersebut masih diteruskan dan ia tidak dihentikan.
"Penguatkuasaan kurang kerana ketika ini, negara memberi fokus terhadap Covid-19 malahan kedai makan tidak dibuka (dan tidak boleh makan dalam premis) sejak tiga bulan lepas disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan," katanya di Bagan Serai hari ini.
Dr Noor Azmi, yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai, ditemui selepas melawat dan menyampaikan sumbangan serta bantuan kepada penduduk terjejas ribut di Kampung Sungai Semambu, Kampung Parit Mentara 3, Kampung Jalan Banjar dan Kampung Jalan Gunung Semanggol dekat Bagan Serai semalam.
Beliau mengulas rungutan orang ramai yang tidak berpuas hati kerana terdapat individu kembali merokok di premis makanan selepas kedai makan dibenarkan beroperasi dan pelanggan dibenar makan dalam premis berkenaan.
Dr Noor Azmi berkata kerajaan akan membentangkan rang undang-undang kawalan tembakau yang sebelum ini diletakkan di bawah Akta Makanan 1983 di Parlimen tidak lama lagi dan draf mengenainya sedang diteliti oleh Pejabat Peguam Negara.
Kerajaan menguatkuasakan larangan merokok di tempat makan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2018 yang berkuat kuasa pada 1 Jan 2019, yang hanya membenarkan perokok merokok di kawasan tiga meter atau 10 kaki dari kedai makan dan restoran terbuka.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan