Pengerusinya, Mohd Ridzuan Abdullah menegaskan ia bukan sahaja
berperanan dalam memberi saluran maklumat PATI, malah berkeupayaan
bersama pihak berkuasa dalam operasi usaha membanteras termasuk di
bandar-bandar besar.
"Pelbagai kerangka dan program serta cadangan akan dan cuba diajukan kepada pihak berkenaan khususnya kerajaan.
Kata Mohd Ridzuan lagi, perkampungan PATI menimbulkan ancaman yang boleh merosakkan ekonomi negara, budaya kerja, sosial, serta keselamatan.
Oleh itu, katanya, satu task force perlu diwujudkan segera untuk membendung isu berkenaan.
"Walaupun pertumbuhan ekonomi negara lembab dan keupayaan banyak syarikat yang mempunyai 65 sehingga 70 peratus PATI tergugat akibat operasi banteras PATI, ia bukan sebab untuk membiarkan semakin banyak PATI di dalam negara.
"Status pekerja sah dan tidak sah hanya beberapa peratus sahaja dalam lingkungan 30 sehingga 40 peratus dari jumlah rakyat namun ia sudah cukup membazirkan ekonomi dan kewangan negara yang digunakan untuk menjaga, memelihara dan menampung segala kos PATI.
"Kami berharap dapat bersama membantu menyelesaikan kemelut ini selain sedia ke lapangan melaksanakan tugas, melontarkan idea serta serta menambah nilai kepada rakyat dalam isu PATI," tegasnya.
Berdasarkan statistik Jabatan Imigresen Malaysia tahun lalu, jumlah pekerja asing yang bekerja di negara ini secara sah adalah 1.73 juta orang, majoriti dari Indonesia, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Pakistan dan China.
Sementara itu, Jabatan Perangkaan tahun lalu menganggarkan jumlah warga asing yang tinggal secara sah di negara ini tahun lalu ialah sekitar 3.3 juta orang daripada keseluruhan 32 juta penduduk di Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan