HALAMAN SANTAI

Isnin, 1 Jun 2020

Memberi Undi Kepada PH Di PRU14, Ibarat Melepaskan Anjing Tersepit


Belum reda masalah covid19, kini mereka cuba menakut-nakut kan rakyat dengan ingin menukar kerajaan semula.

Apa mereka ingat tukar kerajaan tu macam tukar baju ke. Sekejap nak kerajaan A kemudian B , kemudian A semula. Kerajaan PN terbentuk pun bukan sengaja. Hanya di sebab kan PM dari PH meletak kan jawatan dan MP PH merasa kurang yakin kepada pemerintahan PH, maka mereka ingin kan kerajaan yang baru dan ini telah di persetujui oleh YDPA. Rasa hormat kepada Institusi Raja macam dah tak ada, sanggup mereka hina keputusan YDPA yang inginkan kestabilan politik.

Perasaan rakyat pula langsung tidak diperdulikan. Kerakusan serakah kuasa lebih diutama.

22 bulan PH telah diberi peluang oleh rakyat untuk buktikan mereka kerajaan yang boleh diandalkan, namun hampa, gagal bahkan menyusahkan. Hutang negara PH tambah, aset negara PH jual, harta negara PH jarah, perpaduan rakyat berbagai kaum membara tinggal belum membakar aje, ketegangan agama memuncak, semua institusi kerajaan PH hina dengan berbagai cara, hubungan dengan negara luar remuk teruk. Seremuknya batang buruk diramas.

Perit perih umpama negara dijajah kuasa asing semasa PH perintah. Tak cukup ke PH seksa rakyat yang telah terpedaya memberi mereka kuasa. Seperti memberi makan anjing tersepit, PH gigit tangan yang beri undi dulu.

Apa lagi yang boleh PH beri jaminan kepada rakyat jika PH jadi kerajaan kembali yang boleh menyenangkan rakyat.

Kenapa begitu zalimnya hati2 pimpinan PH, sezalim firaun semasa berkuasa.

Rakyat bukan ingin di mua tapi cukup dapat hidup dalam ketenangan yang mereka tak rasakan semasa PH perintah dulu.

Kini kehidupan rakyat di Malaysia sudah cukup baik. Bukan seperti tepung sempret yang ditekan dalam acuan tajam hujungnya.

Tolong jangan siksa kami dengan permainan politik tengik kamu.

MR :  Anjing yang menggigit kini tersepit pula.. nak lepas?

Tiada ulasan: