KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis
Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang
berlangsung malam tadi bersetuju mengiktiraf Tan Sri Muhyiddin Yassin
sebagai pemangku Pengerusi parti itu.
Setiausaha Agung parti Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam satu kenyataan hari ini berkata, pengiktirafan itu selaras Fasal 16.9 Perlembagaan Bersatu.
Jelasnya, klausa itu terpakai susulan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi parti itu pada 24 Februari lalu.
Dalam pada itu, Hamzah berkata, MPT juga bersetuju menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ke-8 selepas dilantik Yang Dipertuan Agong berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.
"Dan, pengumuman rasmi yang dibuat Muhyiddin selaku pemangku Pengerusi pada 24 Februari adalah sah dan teratur,” katanya lagi.
BACA: Mesyuarat MPT Bersatu: Muhyiddin, ahli MPT tiba di PAUM
BACA: Mesyuarat MPT Bersatu: Empat MPT protes, tinggalkan mesyuarat lebih awal
Tiada ulasan:
Catat Ulasan