HALAMAN SANTAI

Khamis, 11 Jun 2020

Pemilik lori muatan berat rayu Tengku Zafrul campur tangan isu tunggakan pinjaman

PUTRAJAYA: Pemilik lori muatan berat yang terkesan akibat kehilangan sumber pendapatan merayu Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz campur tangan dalam isu pembayaran ansuran bulanan kepada syarikat kewangan kredit.

Yoganathan Rajchandran, 32 berkata, sejak Putrajaya mengarahkan tapak pembinaan dan lombong kuari ditutup sejak 18 Mac, beliau bukan sahaja kehilangan sumber pendapatan tetapi turut menanggung tunggakan pinjaman bagi lori yang dibeli.

“Jumlah hutang yang perlu dibayar setiap bulan kepada syarikat kewangan kredit adalah sebanyak RM6,000. Tetapo kami sudah hilang pendapatan sejak Mac, April dan Mei,” katanya kepada pemberita di Kementerian Kewangan hari ini.

“Syarikat kewangan kredit bukan bawah Bank Negara. Disebabkan itu kita kena patuh kepada peraturan dan syarat ditetapkan,” katanya.

Yoganathan memaklumkan beliau mewakili 300 pemandu lori muatan berat di Lembah Klang menyerahkan memorandum kepada Kementerian Kewangan melalui Pegawai Tugas-tugas Khas Menteri Kewangan, Mohd Fahmi Mokhtar.

Beliau merayu Kementerian Kewangan memberikan moratarium selama 6 bulan sepertimana diluluskan Bank Negara, untuk beliau membayar semula bayaran tertunggak bagi Mac hingga Mei.

“Sekarang ini musim Covid-19, hendak dapat satu perjalanan memang susah. Saya harap Putrajaya akan pandang masalah yang dihadapi pemandu lori. Ketika ini tapak pembinaan baru sahaja beroperasi,” katanya.

Yoganathan berkata, sekiranya isu ini masih tidak selesai, dia berhasrat untuk mengadakan satu perjumpaan dengan Menteri Sumber Manusia M Saravanan bagi mencari penyelesaian kepada isu ini.

Tiada ulasan: