HALAMAN SANTAI

Isnin, 22 Jun 2020

PKR wajib singkirkan DAP, Amanah kerana khianati Anwar kata Adun PKR


Adun Sungai Acheh dari PKR, Zulkifli Ibrahim berkata tindakan Amanah dan DAP menolak pencalonan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri merupakan suatu pengkhianatan kepada parti itu.

Dalam satu kenyataan di Facebook, Zulkifli yang dispekulasi akan meninggalkan PKR, menggesa parti itu agar keluar dari kerajaan negeri Pulau Pinang yang dipimpin DAP.

Malah beliau turut menggesa Adun Amanah dan DAP disingkirkan dari kerajaan Selangor dan Negeri Sembilan setelah kedua-dua parti itu  'mengkhianati' Anwar Ibrahim.

"Sebagai sebuah parti yang berprinsip, Keadilan (PKR) harus ambil pendirian tegas dan mengecam komponen PH yang seolah-oleh seperti kacang lupakan kulit.

"Saya berpandangan, atas dasar prinsip dan idealisme perjuangan, wajiblah Keadilan di Pulau Pinang untuk segera ambil ketetapan dengan keluar dan menarik sokongan ke atas Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana keengganan DAP dan Amanah untuk mengangkat Presiden Keadilan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.

"Bukan itu sahaja di Selangor dan N.Sembilan PKR harus keluarkan Adun DAP dan Amanah dari kerajaan Negeri kerana ia mengkhianati matlamat PKR untuk menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim (sebagai PM)," jelasnya.

MR :  Makin retak, makin nak terbelah

Tiada ulasan: