HALAMAN SANTAI

Isnin, 15 Jun 2020

‘Setakat yang keluar tu, Keadilan tak luak pun’ – Fuziah

Wartawan MalaysiaGazette
MGF310719_MOU-KASIH-HOLDING-DAN-KHADIJAH-INTERNATIONAL09-681x454
Fuziah Salleh

KUALA LUMPUR – Pemecatan atau pengunduran ahli daripada PKR tidak akan merugikan parti itu, sebaliknya ahli terlibat yang rugi.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pahang, Fuziah Salleh yang mengambil contoh tentang pemecatan Zuraida Kamaruddin berkata, kehilangan itu merupakan kerugian kepada Naib  Presiden PKR tersebut dan bukannya kepada parti.

“Saya bawa Zuraida masuk Keadilan (PKR).. tetapi entah maca mana dia hilang ‘roh’ pilihan raya umum sepanjang jalan,” katanya menerusi akaun Twitter beliau hari ini.

Sebelum ini terdapat pihak yang mempertikaikan keupayaan Wanita PKR berikutan kehilangan Zuraida serta penggantungan Ketua Wanita, Haniza Talha.

Tiada ulasan: