HALAMAN SANTAI

Rabu, 10 Jun 2020

SPRM siasat ibu bapa Syed Saddiq kali keempat

Wartawan MalaysiaGazette
EaC0L2tUEAUSKK9-681x908
Kedua ibu bapa Syed Saddiq.-Gambar ihsan Twitter Syed Saddiq.

KUALA LUMPUR – Ibu dan bapa kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dipanggil lagi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Ia berkait siasatan kes kehilangan wang tunai kira-kira RM250,000 di rumahnya baru-baru ini dan dipercayai kali keempat mereka disiasat oleh SPRM.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, ibu bapanya sentiasa bekerjasama dengan siasatan pihak berkuasa.

“Ada orang buat cerita Mama dan Abuyah tidak bekerja dan menuduh mama dan abuyah bukan-bukan. Anak-anak didik mama selama 38 tahun lepas boleh jadi saksi betapa berdedikasinya Mama bekerja sebagai seorang guru.

“Saddiq tahu walaupun Mama dan Abuyah tidak tunjuk tetapi Mama dan Abuyah terkesan dengan tuduhan bukan-bukan ini.

“Jangan risau Mama. Jangan risau Abuyah. Kita sekeluarga di pihak yang benar. Tuhan bersama orang-orang yang benar,” katanya dalam media sosialnya hari ini.

Syed Saddiq juga berkata, hari ini kali ke empat ibu dan bapanya dipanggil SPRM dan beliau tidak dapat menemaninya kerana ada tugasan.

Seterusnya Syed Saddiq mendoakan kekuatan kepada mereka sepanjang disoal siasat SPRM.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan: