mykmu.net

Saya
sebenarnya terkejut, apabila Eric Paulsen yang merupakan individu yang
sangat terkenal dengan imejnya yang membenci kepentingan Islam, dan
pernah mengeluarkan kenyataan bersifat rasis dan ektremis baru-baru ini
dilantik oleh kerajaan di bawah pemerintahan Perikatan Nasional ke dalam
Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia (MPKM) yang baru sahaja
dibentuk.
Apabila difikirkan semula, tidaklah terlalu hairan kerana
Menteri Komunikasi sekarang adalah Datuk Saifuddin Abdullah, yang
merupakan bekas Menteri Luar ketika zaman pemerintahan Pakatan Harapan
dahulu. Saifuddin telah melantik beliau sebagai wakil Malaysia dalam
Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR).
Ketika ini, saya masih ingat lagi apabila parti-parti pembangkang ketika itu mengecam beliau dengan sangat teruk tetapi lain pula nadanya sekarang. Tidak salah pun untuk bangkit bersuara. http://english.astroawani.com/malaysia-news/committee-discusses-approach-and-policies-communications-and-multimedia-issues-246408
Sekarang
ini, Eric Paulsen masih lagi wakil Malaysia dalam Suruhanjaya Antara
Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR), dan dimasukkannya
lagi ke dalam agensi di bawah Kementerian Komunikasi.
Apa istimewanya sangat Eric Paulsen ini? Apakah kepentingan atau ‘jasa’ Eric Paulsen kepada Datuk Saifuddin Abdullah? Jangan lupa bahawa Saifuddin Abdullah adalah antara mereka yang terkuat menyokong ratifikasi ICERD bagi pihak Pakatan Harapan dahulu. Jangan pernah kita lupa akan fakta ini.
Isu yang paling popular, Eric Paulsen pernah menuduh JAKIM menyebarkan fahaman ekstremis melalui khutbah Jumaat. Mana sensitiviti kita sebagai umat Islam jika kita membiarkan orang yang kuat memfitnah sebegini diberikan ruang di dalam kerajaan?
Banyak lagi keceluparan Eric Paulsen, yang kebanyakkannya di Twitter beliau. Antaranya ialah:
1) Golongan ulama adalah seperti raja/Tuhan, tidak boleh dikritik.”
(https://twitter.com/EricPaulsen101/status/552345288359550976?s=20)
2) “Zakir Naik’s presence in Malaysia ‘a sign of top-level support for hard-line Islam”
(https://twitter.com/EricPaulsen101/status/926062637879660544?s=20)
3) “Lagi agamawan menjaja agama” (merujuk kepada Malam Cinta Rasul di Dataran Merdeka)
(https://twitter.com/EricPaulsen101/status/549586009961140224?s=20)
4)
“Ada majlis di tempat terbuka (dan) nampak nak hujan. Jadi penganjur
doa agar tak hujan. Tak lama pun hujan. Jadi penganjur kata rahmat
Tuhan. Kisah benar.”
(https://twitter.com/EricPaulsen101/status/548827306806886403?s=20)
5)
“Cara Pas Kelantan cakap macam tak ada benda lain dalam dunia/akhirat
kecuali hudud. Isu-isu kebajikan, ekonomi, sosial dan keselamatan
masyarakat?”
(https://twitter.com/EricPaulsen101/status/547599877337649152?s=20)
“6)
We won’t get anywhere if we shut down discussion & debate by citing
respect Islam, Sultan etc. Everyone has a stake in Msia”
(https://twitter.com/EricPaulsen101/status/528767645122695169?s=20)
7) “…Ia (hudud) tak berperlembagaan, zalim (dan) tak sesuai dengan zaman moden.”
(https://twitter.com/EricPaulsen101/status/544095691329376256?s=20)
8) “Pas is sex obsessed. Is that what hudud or Islam is all about?”
(https://twitter.com/EricPaulsen101/status/544695970236084224?s=20)
9)
“Tolong tonton ‘Girls of Taliban’ di Al Jazeera untuk lihat bagaimana
Ekstrimisme ‘Islam’ dibiakkan di madrasah-madrasah. Malaysia mesti ambil
perhatian”
(https://twitter.com/EricPaulsen101/status/548003772266340353?s=20)
10) “Tak fahamlah pihak berkuasa Islam ni – semuanya tak boleh, takut pencerahan, ilmu & pendapat berbeza.”
(https://twitter.com/EricPaulsen101/status/534907926540869632?s=20)
Banyak
lagi isu lain yang boleh saya senaraikan, tetapi saya rasa mesej saya
adalah jelas bahawa Eric Paulsen bukanlah orang yang sesuai diberikan
ruang dalam kerajaan. Saya harap agar pihak kerajaan dapat meneliti
semula perlantikan ini dan dapat lebih teliti pada lantikan-lantikan
yang akan datang dan sedia ada.
Apa gunanya apabila Pakatan Harapan
jatuh, ‘tangan-tangan’ halus sebegini masih menyusup dalam kerajaan?
Jangan kita rasa selesa dengan alasan kerajaan (Perikatan Nasional) ini
adalah majoriti wakil rakyatnya beragama Islam, maka kita membenarkan
sahaja apa yang dilakukan oleh mereka.
‘Check and balance’ dalam isu-isu melibatkan Islam perlu datang dari rakyat yang juga digerakkan oleh NGO-NGO Islam (kami). Takkanlah kita harapkan pembangkang (Pakatan Harapan) pula menjadi ‘check and balance’ dalam isu-isu Islam?
Kita perlu cakna. Jangan leka.
Aminuddin Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Pengerusi koalisi NGO-NGO Pembela Islam (PEMBELA)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan