Spekulasi tersebar luas bahawa Timbalan Menteri Kerja Raya Shahruddin Salleh telah melepskan jawatannya. Jika laporan itu adalah sahih, maka ia satu tamparan kepada kerajaan Perikatan Nasional yang rapuh itu.
Malaysiakini telah cuba menghubungi Ahli Parlimen Sri Gading itu untuk mendapatkan pengesahan tetapi telefon bimbitnya dimatikan.
Bagaimanapun, pengarah komunikasi PKR Fahmi Fadzil mengesahkan pengunduran itu.
"Shahruddin Md Salleh lepas jawatan Timbalan Menteri Kerja Raya. Majoriti tinggal 1,” ciapnya di laman Twitter.
Sementara itu, Setiausaha Agung Bersatu yang jawatannya turut dipertikaikan, Dr Marzuki Yahya mengesahkan bahawa Shahruddin telah meletak jawatan.
"Ya, betul Datuk Shahruddin letak jawatan," katanya menerusi mesej ringkas.
Sebelum ini, Malaysiakini ada menerima kenyataan media atas nama Shahruddin yang mengumumkan peerletakan jawatan itu.
Kenyataan berkenaan mendakwa bahawa beliau telah melakukan ijtihad politik yang kurang tepat iaitu dengan menyertai kerajaan Perikatan Nasional PN.
Menurut kenyataan itu lagi, beliau seharusnya meletakan keutamaan dengan membuat pertimbangan bahawa pengundi- pengundi di Parlimen Sri Gading P149 yang telah memilih parti Pakatan Harapan PH dalam PRU14.
Justeru, sebagai langkah awal bagi membetulkan kesilapan itu, maka beliau meletak jawatan kerana dilantik ke jawatan itu oleh perdana menteri dari kerajaan Perikatan Nasional PN.
Berdasarkan kedudukan sidang Parlimen terakhir pada 18 Mei, PN hanya memiliki majoriti dua kerusi sementara Pakatan Harapan memberi bayangan bahawa ia memiliki sejumlah kerusi yang mencukupi untuk merampas kembali Putrajaya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan