UMNO ONLINE
TANJUNG MALIM – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad menggesa pengundi untuk memberi kemenangan kepada calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz yang sememangnya tidak asing kepada warga tempatan.
Katanya, kemenangan perlu diberi kepada BN juga kerana calonnya
membawa semangat Muafakat Nasional yang menjadi ikatan antara UMNO dan
PAS.
“PRU 14 UMNO dengan PAS tak ada kesepakatan, sama-sama bertanding tapi
selepas 14 Sept 2019 ada perjanjian, ada ikrar kasih sayang, ada
penyatuan dalam satu piagam antara UMNO dan PAS yang ditandatangani oleh
Presiden parti masing-masing dan kasih sayang ini bertaut.
“Pertautan UMNO-PAS bukan rekaan, bukan cerita dongeng tapi cerita betul, dan BN menterjemah eleman kasih sayang Muafakat Nasional dalam calon BN PRK Slim,” katanya.
Ujarnya, dukungan terhadapa Muafakat Nasional dapat dilihat jelas dalam penamaan calon semalam apabila pencadang Mohd Zaidi ialah Yang Dipertua PAS Tanjung Malim.
Saarani yang juga Pengarah PRK DUN Slim berkata demikian dalam Majlis Ramah Mesra bersama pemimpin masyarakat dan warga Felda Trolak Selatan, di sini, hari ini.
“Tak ada masalah kepada orang Slim untuk mengundi Zaidi kerana calon ini adalah orang yang sudah lama bergiat dalam UMNO malah sebelum ini adalah aktivis NGO yang antaranya pemimpin Majlis Belia Malaysia.
“Pengundi perlu membuat penilaian antara calon BN dan dua lagi calon bebas… dan rakyat pengundi perlu memilih wakil rakyat yang ada hubungan dengan Kerajaan.
“Kerana apa… kerana wakil rakyat yang ada hubungan dengan Kerajaan akan dapat menyampaikan hasrat dan suara penduduk di sini kepada kerajaan pusat sedangkan kalau jadi Bebas, jeritlah macam mana sekalipun tak dapat apa,” katanya.
Dalam masa yang sama beliau berharap agar 1,800 pengundi Felda Trolak Selatan dapat menterjemahkan jumlah tersebut termasuklah sokongan dari PAS dan Parti Bersatu.
“Kita bawa calon BN, Mohd Zaidi hari ini agar dapat lihat sendiri,
bertentang mata kerana dari mata turun ke hati, dari hati mendapat undi.
Insya-Allah 29hb nanti
undi 1,800 adalah dari Felda Trolak Selatan.”
PRK DUN Slim diadakan 29 Ogos dan pengundian awal pada 25 Ogos, berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, pada 15 Julai lepas. – UMNO Online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan