TANJUNG MALIM: Barisan Nasional
(BN) mahu mana-mana parti yang ingin bekerjasama dengan mereka agar
ikhlas dan bersedia untuk menterjemahkannya dalam semua bentuk
kerjasama.
Menurut Pengerusinya yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, parti terbabit juga perlu bersedia untuk mengetepikan perbezaan pendapat, kerana kejujuran dan keikhlasan penting dalam perkongsian politik.

"Apabila kita bersetuju untuk bersama kita mesti bersetuju sepenuhnya, jangan ada agenda di belakang dan keikhlasan UMNO dan BN ini adalah satu keikhlasan.
"Sama ada oleh kita ataupun oleh mana-mana pihak supaya kita mahu kejayaan akhirnya kita kecapi secara bersama," katanya ketika berucap melancarkan jentera pemuda BN bagi PRK DUN Slim di Felda Residence di Trolak pada Sabtu.
BACA: Slim Memilih: Medan untuk Pejuang uji penerimaan rakyat - Penganalisis
BACA: Muafakat Nasional masih tunggu jawapan rasmi Bersatu - Zahid
Dalam ucapannya, Ahmad Zahid juga mahu jentera BN dan Muafakat Nasional bekerja keras bagi memastikan calon mereka menang di semua Pusat Daerah Mengundi (PDM).
Menurutnya, kemenangan di Slim adalah salah satu penanda aras kepada kerjasama mereka untuk menghadapi PRU-15 nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan