HALAMAN SANTAI

Rabu, 19 Ogos 2020

DAP gusar jika diadakan ‘Snap Election’

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR

MENURUT Anthony Loke Setiausaha Organisasi DAP yang juga Ahli Parlimen Seremban Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin perlu mengadakan rundingan dengan semua parti politik di Dewan Rakyat untuk memastikan kestabilan politik negara.

Rundingan ini penting menurut Loke kerana ia akan memberi keyakinan kepada pelabur dan perniagaan, selain membolehkan kerajaan menumpukan usaha menangani COVID-19 dan menghidupkan semula ekonomi.

Oleh itu tidak perlu katanya diadakan Pilihan Raya Umum mengejut atau ‘Snap Election’ kerana ia hanya akan menelan kos belanja yang besar.

Flip flop sungguh pendirian dan pemikiran DAP dan blok PH ini. Sebelumnya mereka juga yang melemparkan berbagai tuduhan terhadap Kerajaan PN ini. Kononnya kerajaan ini mencuri mandat rakyat yang diberikan pada mereka, kononnya kerajaan ini masuk melalui pintu belakang, tidak absah dan berbagai lagi.

Tiba-tiba hari ini bila ada desas-desus mahu diadakan Snap Election, mereka pula yang gusar dan meloncat.

Terbukti DAP dan PH sangat bimbang jika mandat diserahkan kembali pada rakyat kerana ‘politik baru’ yang dicetuskan melalui penubuhan  Muafakat Nasional dan Kerajaan PN mengancam survival politik mereka.

Mereka ditolak dalam enam PRK dan bakal kecundang lagi di Slim. Penolakan rakyat terhadap mereka adalah ‘real’.

Suasana semasa sungguh tidak berpihak mereka khususnya apabila parti-parti politik Melayu Islam kini telah bersatu.

Barangkali inilah masa yang paling sesuai untuk memusnahkan PH lantas pembubaran Parlimen perlu dipertimbanglan sewajarnya Perdana Menteri (PM) dan PN.

Mari kita lihat rakyat mahukan siapa sebenarnya hari ini. Apa kata PM kita bubar Parlimen dan ucap selamat jalan pada PH.  – HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: