HALAMAN SANTAI

Jumaat, 14 Ogos 2020

Dong Zong anjur bedah buku Mitos Pribumi Malas

MALAYSIAKINI
 
Malaysiakini

Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia(Dong Zong) akan menganjurkan program bedah buku Mitos Pribumi Malas, karya pemikir terkenal Syed Hussein Alatas.

"Sebagaimana yang diperhatikan, masyarakat Cina tidak selesa dengan label ‘Cina kaya’, kerana tidak kurang juga komuniti Cina yang merana kepapaan.

"Begitu juga, masyarakat Melayu sudah tentu berasa terhina dengan label ‘Melayu malas’, kerana ramai antara mereka berhempas pulas dalam hidup harian untuk menyara hidup diri dan keluarganya.

"Oleh itu, sudah tiba masanya kita mengkaji dan mengupas persoalan ini secara lebih mendalam dan menyeluruh.

"Sejak bila Melayu digambarkan dengan imej malas? Sejauh manakah kebenarannya? Apakah imej stereotaip sebegini masih relevan pada zaman ini?

"Bagaimana masyarakat kita respon kepada persoalan ini, dan kemudian mengorak langkah ke depan?” kata timbalan pengerusi Dong Zong Tan Yew Sing.

Program tersebut akan diadakan pada 18 Ogos jam lapan malam dan boleh ditonton dia atas talian melalui siaran langsung KiniTV.

Tan berkata program tersebut turut mendapat kerjasama beberapa pertubuhan seperti Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH), Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG dan Yayasan Tan Kah Kee.

Syed Hussein Alatas

Kata Tan, Pengurus Projek dan Operasi Leadership and Development Studies (Lead) Tarmizi Anuwar akan bertindak sebagai pembedah buku manakala ulasannya akan dibuat oleh Ketua Eksekutif KLSCAH, Ooi Heng.

Buku Mitos yang dihasilkan pada penghuhung 70-an terkenal, antaranya kerana menolak naratif penjajah bahawa kaum pribumi di Indonesia, Malaysia dan Filipina sebagai malas.

Tiada ulasan: