HALAMAN SANTAI

Jumaat, 7 Ogos 2020

Guan Eng mengaku tak bersalah pertuduhan rasuah

Malaysiakini

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng didakwa dengan satu pertuduhan meminta suapan membabitkan kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Lim bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Mengikut kertas pertuduhan, Lim ketika menjadi ketua menteri Pulau Pinang didakwa meminta suapan sebanyak 10 peratus daripada jumlah keuntungan yang bakal diperoleh daripada pengarah kanan eksekutif Consortium Zenith Construction Sdn Bhd Zarul Ahmad Mohd Zulkifli.

Permintaan itu didakwa dibuat Lim sebagai upah bagi membantu syarikat milik Zarul Ahmad dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini pada Mac 2011.

Pertuduhan ke atas anggota parlimen Bagan itu dibuat di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta yang sama.

Sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun atau denda RM10,000 atau lima kali ganda jumlah suapan, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Lim diwakili peguam Gobind Singh Deo, Ramkarpal Singh dan RSN Rayer manakala SPRM diwakili pasukan pendakwaan Wan Shaharuddin Wan Ladin, Ahmad Akram Gharib, Nik Haslini Hashim dan Farah Yasmin Salleh.

Tiada ulasan: