HALAMAN SANTAI

Ahad, 23 Ogos 2020

Isu Khairuddin Aman Razali dan apa yang kita perlu fahami


Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Khairuddin Aman Razali menjadi isu yang difokus oleh pihak pembangkang (PH) dan isu semua jentera cybertropper disegenap penjuru menjadikan isu ini sebagai senjata menyerang PAS dan kerajaan PN.

Apa yang kita perlu fahami tentang kes dan kesalahan akta mana. Apa jenis kesalahan.

1.    Khairuddin didapati bersalah menurut Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).

"Khairuddin telah pulang dari Turki pada 7 Julai 2020. Sampel asopharyngeal swab petama telah diambil pada hari yang sama dan dia didapati negatif. Ujian saringan Covid-19 kali kedua dan ketiga juga menunjukkan keputusan negatif.

"Oleh kerana Khairuddin gagal mematuhi peraturan di bawah Akta 342, Pegawai Diberi Kuasa (PDK) telah mengeluarkan kompaun sebanyak RM1,000 kepadanya pada 7 Ogos 2020 dan dia telah menjelaskan kompaun tersebut.

2.      Seorang wanita warga emas yang positif convid-19, Nur Emah Mohamad Hashim, 72 dipenjara sehari dan didenda RM8,000 kerana ingkar perintah pengawasan dan pemerhatian ketika dalam tempoh kuarantin wajib.

Dia didakwa tidak mematuhi pengawasan dan pemerhatian mengikut Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dengan berada di Restoran Hanaz Cafe di Halaman Meru Permai Ipoh pada pukul 8 pagi 6 Julai lalu.

Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Subseksyen 22 (b) akta sama, yang boleh dihukum di bawah Subseksyen 24 (a) akta sama, dengan hukuman penjara tidak lebih dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali.

3.    Pemilik kedai Nasi Kandar Salleh di Napoh, Kubang Pasu dihukum penjara lima bulan dan denda RM12,000 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan tidak mematuhi perintah pengawasan dan pemerhatian pada 14 Julai lepas sehingga mencetuskan kluster Sivagangga.

Dia yang positif convid-19 didakwa mengikut Seksyen 22(b) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(a) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

4.     Seorang penyelia tapak didenda RM5,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah melanggar perintah kuarantin di rumah.

Jeffery Jambo Dan, 27, didakwa mengingkari perintah itu kira-kira jam 9.30 pagi 25 Mei lalu apabila pergi ke sebuah kafe di Sibu Jaya untuk menikmati sepinggan mi kampua dan memuat naik gambarnya dalam laman sosial Facebook yang kemudian tular. Lagi teruk dia ni ajar cara nak buka gelang.

5.    Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau juga dikenali sebagai Akta 342 digunakan di negara ini susulan penularan pandemik COVID-19.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. pernah mengulas mengenai reaksi segelintir pihak susulan terdapat perbezaan bayaran denda terhadap pesalah yang ingkar PKP di mana terdapat pesalah yang dikenakan hukuman denda RM400, RM500, RM800 dan RM1,000.

Perbezaan denda di bawah Akta 342 mungkin kerana fakta kes yang berbeza, dan itu yang menyebabkan hakim memutuskan sedemikian," katanya dalam sidang media harian 6 Mei 2020.

Kesimpulannya pihak pembangkang (PH) dengan cybertropper PH cuba mengelirukan rakyat kesalahan Menteri dan Kesalahan orang awam atas akta berbeza. Khairuddin bukan postif convid-19 dan buat saringan 3 kali tetapi degil masih ingkar berbeza dengan makcik warga emas dll yang didenda dan penjara kerana lebih mengancam keselamatan awam.

Apa pengajaran untuk Pakatan Nasional dan PAS khususnya?

1.    Sikap degil  dan ingkar perintah kuaratin sebagai seorang Menteri daripada PAS pula adalah suatu tindakan merosakkan kepercayaan dan keyakinan rakyat kepada kerajaan PN dan parti PAS khususnya. Ini juga merosakkan imej baik sebagai Menteri yang berwibawa. Apa pun tindakan Khairuddin bagi membaiki imej ini, tidak mengubah hakikat bahawa dia telah melakukan kesilapan yang kecil membawa musibah yang besar.

2.    Derma 4 bulan gaji menteri atau lebih sekalipun, atau menulis hujah dan fakta yang jelas atau apa justifikasi yang menyokong hukuman atas akta yang dikenakan tidak akan mengubah persepsi buruk rakyat kerana isu ini dikuasai pembangkang dengan persepsi yang sukar diatasi. Pembangkang (PH) akan menggunakan apa sahaja ruang untuk menyatakan rasa tidak puas hari mereka dan menyerang, dan terus menyerang. Percayalah isu ini akan kekal sehingga PRU-15 nanti. Itulah kebolehan PH dalam mengekplotasi ruang dan kesempatan.

Oleh itu, menteri-menteri PN hendaklah berhati-hati dan jangan sekali-kali membuat kesalahan, jangan ego dan dengar juga pendapat orang bawahan. Kalau kita rasa hebat Allah pasti uji kita dengan ujian yang tak disangka-sangka.

Kenapa Pembangkanh/PH begitu bersungguh dalam isu ini?

1.    ‘Character assassination’ atau bahasa mudah Pembunuhan Kreator Seorang Pemimpin. Ini adalah kepakaran PH. PH sebenarnya tak ada banyak isu rakyat dan negara dalam untuk diketengahkan. Mereka guna ‘character assassination’ untuk menangani rakyat. Misalnya bagaimana UMNO/BN ditumbangkan dengan membunuh watak Najib dan Rosmah. Apabila Azmin didapati cuba berbaik dengan PAS dan BERSATU  alam banyak isu-isu kerakyatan serta membentuk kuasa Melayu, akhirnya watak Azmin dibunuh dengan penyebaran "video s." sedangkan kita tahu geng yang menyebar itu lagi teruk dalam isu salahlaku ini.

2.     Dalam banyak isu kebelakangkan ini, Kerajaan PN lebih menyerang berbangding pembangkang. Menjadi suatu yang pelik termasuk di parlimen sendiri yang menyerang ialah kerajaan dan yang menangkis serangan ialah pembangkang.

Cybertropper PH menjadi tukang menjawab isu bukan lagi tukang membuat isu. Kan nampak 'bodoh'nya peranan cybertropper PH termasuk RBA DAP. Jadi bila ada isu Khairuddin ini peluang mereka nak beraksi atas kesilapan dan tindakan bodoh sesetengah pimpinan PN termasuk menteri dan timbalan menteri.

3.       Cybertropper PH cuba kaitan isu Khairuddin kononnya atas dedahan pegawai kerajaan sedangkan kenyataan KKM tindakan atas gambar dimuat naik. Kenapa pegawai kerajaan dibabitkan sama. Tujuannya tak lain nak pecahkan sokongan pegawai kerajaan kepada PN. Cybertropper seperti Aman Muhammad memang bangang mencipta isu. Dia dan rakan-rakanya banyak bulan tak ada isu. Tak ada isu maknanya tak ada fulus.

4.    Lagi bangang dan bodoh ada cybertropper PH kaitan isu ini dengan Hukum Hudud. Kalau hudud dan hukum Islam ada banyak perkara boleh dibahaskan atas Khairuddin itu pegawai kerajaan tertakluk pada kesan lain... Misalnya kalau mencuri kenapa tak dipenjara? Kalau dipenjara, yang kena hukuman bukan si bapa pmencuri, tapi keluarganya siapa nak beri makan? Sebab itu bila cakap hukum Islam perlu perbahasan dan saya rasa Khairuddin mungkin dapat pembelaan lebih baik. Saya rasa saya perlukan ulasan dalam artikel lain.

Tapi kalau cybertropper PH sama atau bandingkan dengan hudud menunjukkan PH bodoh.. full stop

5.    Malaysiakini seperti kita ketahuai telah mendapat kontrak jutaan ringgit untuk memburukkan imej PN akan menyiarkan isu ini. Bukan itu sahaja Malaysiakini akan mencari ruang untuk membesarkannya dengan membuat beberapa kenyataan dan kemudian minta orang itu orang ini mengulas. Jika pimpinan PN bodoh dalam hal ini menjawab, tak boleh jumpa mic.. jawapan itu akan dipaparkan sebagai isu dan memanjangkan lagi kes ini. Misalnya kenyataan
Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Dr Mohd Mazri Yahya berkata, tidak pernah berlaku dalam sejarah negara seorang menteri sanggup memulangkan gaji apabila melakukan kesalahan. Malaysiakini tolong siar bukan nak sokong hujah Dr Mohd Mazri tetapi nak jadikan itu sebagai hayat memanjangkan isu ini.. Tunggu daripada Dr Khairuddin berjangkit kepada Dr Mohd Nazri selepas itu PAS pula kena....

Macam disebut diatas selagi Menteri berkenaan tak letak jawatan dan kena penjara selagi itu isu ini dimainkan mengabaikan isu-isu lebih besar. Rakyat banyak kali dibodohkan oleh PH dan Malaysiakini...

Bagi saya tak perlu mana-mana pemimpin PAS membuat ulasan panjang lebar dan memuji tindakan pulangan gaji..

Kalaulah pada awalnya disebar luas ini terus Dr Khairuddin meminta maaf pada rakyat atas kesalahannya (seperti dibuat oleh Dato Hismuddin pada kes rokok dalam dewan) dan memulang gaji sepanjang dia berkhidmat (Mei-Ogos.. 2 bulan sebelum itu semua menteri tak ada gaji) rasanya isu ini boleh diselesaikan lebih baik.

Meminta maaf kemudian (lewat seolah-oleh terpaksa) dan sumbangan tersebut sudah terlewat. Jadilah perkara ini sebagai pengajaran kepada beliau dan PAS. Mungkin Dr Khairuddin boleh menoleh sisi buruknya yang taktercermin terutama kepada sesetengah pengerak Islam di Terengganu.

 

Telegram @abbasmohdnoor

Tiada ulasan: