Penubuhan Parti Pejuang Tanah Air oleh Dr Mahathir Mohamad tidak menjejaskan Bersatu, kata setiausaha agung Bersatu Hamzah Zainuddin.
“Saya nak maklumkan, hari mereka kata nak tubuh (parti baru), saya terima hari itu saja 20,000 borang baru nak sertai parti Bersatu.
“Keluar 6 orang masuk 20,000,” katanya yang juga menteri dalam negeri.
Mahathir pada 7 Ogos lalu mengumumkan akan menubuhkan sebuah parti baru akan berasaskan perjuangan Melayu dan pribumi, seperti Bersatu yang diasaskannya sebelum ini.
Langkah itu diambil setelah usaha mencabar pemecatannya sebagai pengerusi Bersatu, bersama beberapa lagi anggota parlimen yang menyokongnya, di mahkamah dilihat melalui jalan sukar.
“Kita akan bekerja kuat untuk pastikan parti kita bterambah teguh. Minggu ini saja hampir 187 bahagian akan bersidang.
“Dan daripada 187 itu, yang tak bboleh bersidang hanya lebih kurang 10 bahagian saja.
“Ini membuktikan, kadang-kadang orang ini suka cakap bising di luar tapi kosong di dalam. Yang kita lakukan ini adalah senyap,” katanya.
Ditanya sama ada pendaftaran Pejuang akan diluluskan, Hamzah berkata soalan itu patut diajukan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).
LIHAT VIDEO DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan