SELEPAS mengkritik Datuk Seri Najib Tun Razak, dan
menasihatkan UMNO supaya menjauhkan diri daripada bekas perdana menteri
itu, Khairy Jamaluddin kini menjadi sasaran kritikan pemimpin politik
yang lebih senior
Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi antara yang lantang mengkritik Khairy atau dikenali dengan panggilan KJ
Berikutan kenyataan beliau disiarkan di Facebook peribadinya.
KJ: BACALAH KRITIKAN SAYA INI
Semalam, posting saya ada sentuh sikit pasal KJ.
Akibatnya terdapat beberapa komen terhadap KJ. Elok saya perjelaskan.
Ini bukan nasihat saya kepada KJ. Saya tidak layak menasihati beliau. Kalau nasihat pun belum tentu dia dengar
Sebab itu saya kata ini adalah kritikan. Maaf kerana tulis panjang sikit.
Tidak ada salahnya saya mengulas komen KJ terhadap Najib bila dia dihukum bersalah.
Jangan anggap ini sebagai perang sama sendiri atau perpecahan.
Ini politik terbuka. KJ suka politik terbuka. KJ kata ini cita rasa orang muda sekarang.
Tetapi jangan pula orang yang membuat komen awal dikatakan OK, manakala yang membalas komen dianggap pemecah belah.
Perbezaan pendapat OK, tetapi jangan berpecah sampai hilang kuasa. Perang Mahathir – Muhyiddin menyebabkan kerajaan PH tumbang.
Perang Anwar – Azmin juga menyebabkan PKR kehilangan kuasa dan jawatan Menteri. Anwar pula gagal lagi jadi PM.
Ada tiga isu yang saya mahu sentuh terhadap komen KJ itu.
Pertama, walaupun KJ membuat kenyataan menyakitkan hati, Najib membalasnya dengan ucapan terima kasih tetapi sindiran tajam.
Dia tidak menghentam KJ. Dia mengucap tahniah kepada KJ kerana bekerja kuat setiap hari sehingga tumbangnya kerajaan PH.
Sebab itu menurut Najib, KJ dapat ganjaran kerana dilantik Menteri oleh Muhyiddin.
Tetapi apakah KJ faham sindiran tajam dan pedas dari Najib itu.
Sejak BN kalah, KJ senyap menghilangkan diri. Dia jarang mengkritik pembohongan PH meggunakan fb dan twitter beliau.
Kelibat KJ juga jarang nampak. Sedangkan Najib pusing seluruh negara menggunakan platform Bossku untuk jumpa akar umbi.
KJ ada?
Kedua, KJ kata jangan taksub kepada individu. Kita kena move on.
Sebenarnya rakyat tidak taksub kepada Najib sebagai individu.
Mereka taksub kepada perjuangannya dan jasanya. Dia penunai janji. Mereka juga taksub kepada kesabaran dan kegigihannya.
Najib sudah tidak ada apa apa lagi untuk ditawarkan. Dia bukan Perdana Menteri. Dia bukan ada syarikat perniagaan yang besar.
Dia banyak hutang. Hutang ikat jamin, hutang LHDN sampai RM1.69 Bilion.
Ramai kawan kawan rapat lari meninggalkan dia. Tetapi
rakyat biasa dan anak muda tidak lari. Mereka mengerumuni Najib diketika
dia sudah tidak ada apa apa.
Itu tanda baik. Itu tanda mereka taksub kepada
perjuangan Najib. Mereka ingat jasa Najib. Mereka melihat kebangkitan
Najib setelah dilanyak begitu teruk.
Cuba KJ bandingkan dengan diri sendiri. Setelah tidak
lagi menjadi Menteri. Tidak ada jawatan dan tidak ada apa yang
ditawarkan apakah rakyat masih mengerumuni beliau
Mereka suka KJ dulu mungkin kerana taksub kepada
penampilannya. Taksub kepada stokin merah yang dipakai bukan kerana
perjuangannya. Populariti begitu cepat hilang.
Itu taksub individu namanya. Itu patut ditolak. Ia tidak
menambah apa apa kepada parti walaupun KJ jadi Ketua Pemuda dua
penggal.
Ketiga, KJ kata jangan heret parti dengan keputusan Mahkamah. Ini tuduhan kedua KJ kepada Najib.
Dulu apabila Najib mula didakw, KJ kata jangan jadikan UMNO sebagai perisai dan pembela.
Ia pantas dijawab oleh Najib bahawa dia tidak akan
menggunakan parti untuk membelanya. Dia letak jawatan Presiden UMNO. Dia
ke Mahkamah tanpa menganjur demonstrasi.
Kini KJ bangkitkan isu yang sama. Tahukah KJ, bila PH
tumbang, ada usaha oleh Ketua Ketua Bahagian supaya kes Najib
digugurkan. Najib menolak dan mahu terus melawan di Mahkamah.
Justeru, taksub rakyat kepada Najib adalah taksub kepada perjuangannya. Itu melahirkan teman sejati. Teman dalam “Perjuangan”.
Apakah KJ ada teman sejati seperti itu. Akan sampai masanya, bila tiada jawatan dan kuasa kita akan ditinggalkan keseorangan.
Sebab itu jangan jadi pemimpin populis. Parti tidak untung apa apa.
Semoga Najib tabah dan Istiqamah. Kepada KJ, “Jangan
hanya tahu erti mewarisi kepimpinan. tetapi tidak tahu erti mewarisi
perjuangan”.
Maafkan saya. Selamat menyambut Raya Qurban

Tiada ulasan:
Catat Ulasan