HALAMAN SANTAI

Isnin, 17 Ogos 2020

Mas Emrieyati menang naib ketua Wanita PPBM, Rina Harun kekal ketua

Rina Harun menang tanpa bertanding jawatan ketua Wanita PPBM, sementara 
Mas Ermieyati Samsudin menang jawatan naib ketua sayap itu.

PETALING JAYA: Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Mas Ermieyati Samsudin memenangi jawatan naib ketua Wanita PPBM dalam pertandingan 6 penjuru dalam pemilihan sayap itu bagi penggal 2019 hingga 2022, hari ini.

Ahli Parlimen Masjid Tanah itu memperoleh 8,702 undi seperti diumumkan parti itu malam ini.

Beliau menewaskan Norliza Ngadiran, Sharifah Salmiah Syed Agil, Saarah Ali Bashah, Ruzita @ Khaironi Mohd Hashim dan Najwah Halimah Ab Alim.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun menang tanpa bertanding jawatan ketua Wanita parti itu.

Pemilihan sayap itu yang julung kali diadakan itu turut menyaksikan pemilihan pengerusi tetap, timbalan pengerusi tetap dan 15 ahli jawatankuasa Wanita PPBM.

Tiada ulasan: