HALAMAN SANTAI

Sabtu, 8 Ogos 2020

Najib, Rosmah Pun Tidur Lokap - SPRM

Syarif Yusof
 
Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bukanlah ahli politik terkemuka pertama yang ditangkap serta ditahan semalaman di lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Perkara yang sama pernah dilalui oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Malah, menurut Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki, pemimpin lain yang pernah bermalam di lokap agensi membanteras rasuah itu termasuk Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim dan beberapa lagi.

Tiada ulasan: