HALAMAN SANTAI

Sabtu, 8 Ogos 2020

Pertandingan 2 penjuru, sokong Muhyiddin jadi PM – Hadi

KUALA LUMPUR – Pertandingan dua penjuru semasa PRU-15 dan sokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, itu persetujuan parti-parti komponen Perikatan Nasional (PN) termasuk Muafakat Nasional (MN).

Ahli Parlimen Marang itu berkata demikian dalam Twitternya malam ini.

Baru-baru ini Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ada membayangkan Muhyiddin bakal menyertai MN.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan: