HALAMAN SANTAI

Jumaat, 7 Ogos 2020

PPBM akan ambil tindakan tegas pihak salah guna logo parti

Setiusaha Agung PPBM Hamzah Zainudin berkata penyalahgunaan logo PPBM 
adalah kesalahan jenayah mengikut Seksen 50(3) Akta Pertubuhan 1966, jika 
disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 3 bulan 
atau denda tidak melebihi RM3,000.

PETALING JAYA: PPBM akan mengambil tindakan perundangan dan tatatertib yang tegas termasuk pertuduhan jenayah terhadap individu yang menyalahgunakan logo parti itu.

Setiusaha Agung PPBM Hamzah Zainudin berkata, ini termasuk logo “PPBM Blackout”.

“Penyalahgunaan logo PPBM adalah kesalahan jenayah mengikut Seksen 50(3) Akta Pertubuhan 1966 yang mana jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 3 bulan atau denda tidak melebihi RM3,000.

“Selain itu, PPBM juga akan mengambil tindakan tegas terhadap sama ada calon parti atau ahli parti yang menyalahgunakan logo PPBM, termasuk tindakan membatalkan pencalonan dan atau mengambil tindakan disiplin termasuk memecat keahlian mereka yang terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, penyokong Dr Mahathir Mohamad dalam PPBM melancarkan kempen “blackout” dengan menukar warna logo parti itu kepada hitam putih sebagai tanda protes sehingga parti kembali ke “landasan asal”.

Tiada ulasan: