theunspinners.blogspot.com
Semalam, 15 Ogos 2020, seperti yang telah diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya, adalah hari penamaan calon bagi PRK Slim N58.
Pegawai
Pengurus Pilihanraya, Shamsul Ridzuan Idris, mengumumkan pertandingan 3
penjuru antara BN/Muafakat Nasional, Bebas/Pejuang dan Bebas selepas
proses penamaan calon di Dewan Sri Tanjung Majlis Daerah Tanjong ditutup
pada jam 10 pagi semalam.
BN/Muafakat
Nasional diwakili oleh Pemangku Ketua Bahagian UMNO Tanjung Malim,
Mohd. Zaidi Aziz seorang warga tempatan manakala Amir Khusyairi Mohamad
Tanusi bertanding di atas tiket Bebas/Pejuang adalah berasal dari Teluk
Intan dan seorang lagi calon yang bertanding atas tiket Bebas adalah
Santhara Sekaran Subramaniam.
PRK
Slim N58 diadakan berikutan kematian penyandangnya Allahyarham Datuk
Mohd Khusairi Abdul Talib pada 15 Julai 2020 akibat kesukaran bernafas
di Hospital Bentong, Pahang.
Kerusi DUN Slim N58 Adalah Kerusi Tradisi UMNO
Sejak
dari PRU 11 hingga PRU 14, UMNO memenangi kerusi DUN Slim N58, dalam
ertikata lain, DUN Slim merupakan kubu kuat UMNO dalam 4 PRU
berturut-turut.
Allahyarham
juga telah memenangi kerusi DUN Slim N58 sejak PRU 11 lagi, ini
bermakna kepercayaan dan keyakinan pengundi tempatan terhadap UMNO
adalah sangat tinggi.
Namun,
berbanding PRU 13, pada PRU 14, terdapat penurunan jumlah undi UMNO dan
PAS berikutan tsunami politik yang melanda negara ketika itu.
Jumlah
undi UMNO berkurangan dari 11,152 pada PRU 13 kepada 8,327 pada PRU 14
manakala PAS pula berkurangan dari 7,299 pada PRU 13 kepada 4,103 pada
PRU 14 dan PPBM mendapat 6,144 undi pada PRU 14.
Ini
jelas membuktikan, walau pun pada PRU 14, seluruh negara dilanda
tsunami politik, namun DUN Slim N58 kekal menjadi kubu kuat UMNO.
Apa Tujuan Sebenar Dr Mahathir Letak Calon Walau Tiada Peluang Untuk Menang?
Dr
Mahathir tahu calon tajaan beliau boleh dikatakan sangat mustahil untuk
merampas kerusi DUN Slim N58 dari UMNO/Muafakat Nasional.
Kalau
hendak mengharapkan undi yang PPBM perolehi dalam PRU 14 cuma 6,144 dan
ini adalah kurang dari 50% berbanding dengan jumlah undi Muafakat
Nasional bila dicampurkan undi UMNO dan PAS iaitu 12,430 undi.
Ini
belum diambil kira undi PPBM yang mungkin akan berpecah dua, antara
PPBM serpihan pro Dr Mahathir yang dijangka akan mengundi Bebas/Pejuang
dan sebahagiannya pula akan mengundi calon UMNO di bawah PPBM yang pro
Muhyiddin Yassin.
Kemungkinan besar calon Bebas/Pejuang tajaan Dr Mahathir akan mendapat undi kurang dari 3,000 undi di PRK Slim ini.
Tetapi
tinjauan admin di lapangan mendapati tiada penyokong PPBM yang hadir
sewaktu penamaan calon semalam, yang kelihatan cuma Menteri Besar Perak,
Ahmad Faizal Azumu @ Peja dan beberapa orang yang menemani beliau.
Yang kelihatan cuma penyokong Muafakat Nasional yang terdiri dari penyokong UMNO dan PAS.
Mungkin
ini antara bukti mengapa keinginan PPBM untuk menyertai Muafakat
Nasional masih terus diragui terutama di peringkat akar umbi.
Namun
calon UMNO/Muafakat Nasional, Mohd Zaidi Aziz mempunyai kelebihan
kerana beliau merupakan warga tempatan yang memangku jawatan Ketua
Bahagian UMNO Tg. Malim dan merupakan Naib Ketua Bahagian UMNO Tg. Malim
serta beliau merupakan Ahli Mesyuarat Daerah Tg. Malim, manakala calon
Bebas/Pejuang, Amir Khusyairi, tajaan Dr Mahathir tidak berapa dikenali
pengundi tempatan kerana beliau berasal dari Teluk Intan.
Dari
sumber yang diperolehi dari kem Bebas/Pejuang memaklumkan, matlamat
utama Dr Mahathir meletakkan calon bukanlah unttuk merampas kerusi DUN
Slim kerana Dr Mahathir memang maklum harapan untuk menang adalah sangat
tipis malah boleh dikatakan mustahil.
Matlamat utama Dr Mahathir adalah untuk mengurangkan undi yang bakal diperolehi oleh UMNO/Muafaklat Nasional.
Mengapa?
Dengan
mengurangkan undi Muafakat Nasional di PRK Slim, Dr Mahathir boleh
'spin' bahawa sokongan rakyat kepada Muafakat Nasional sudah mula
beralih kepada parti baharu beliau, Pejuang.
Dr
Mahathir juga akan mendakwa parti Pejuang sudah diterima rakyat kerana
di kubu kuat UMNO sendiri, mereka mampu 'mencuri' undi Muafakat
Nasional.
Maka
ini akan membuatkan hasrat beliau untuk menjadi 'king maker' dalam PRU
15 nanti akan mendapat perhatian sama ada dari Perikatan Nasional mahu
pun Pakatan Harapan.
Sebab
itulah strategi kempen di PRK Slim ini, Dr Mahathir akan lebih
menumpukan pengundi Tg. Malim yang berada di luar Tg Malim kerana
menyedari calon UMNO/Muafakat Nasional mempunyai kelebihan berbanding
calon tajaan beliau.
Itulah strategi Dr Mahathir, hanya menggunakan calon tajaan beliau demi untuk kepentingan peribadi politik beliau sendiri.
Muga
jentera PRK Slim Muafakat Nasional perlu melakukan sesuatu dan calon
UMNO/Muafakat Nasional MESTI mendapatkan sekurang-kurangnya 14,000 undi
di PRK Slim ini untuk membuktikan bahawa rakyat sudah menolak Dr
Mahathir dan parti anak beranak yang baru beliau tubuhkan itu, Pejuang
atau lebih tepat lagi PujaWang!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan