HALAMAN SANTAI

Ahad, 16 Ogos 2020

Tok Him nafi Putra diambang krisis

Manzaidi Mohd Amin
ibrahim-681x432
Dr. Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR – Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali menyangkal dakwaan kononnya Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Perkasa) kini diambang krisis kepimpinan.

Sambil menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan, Presiden Putra itu berkata, seluruh kepimpinan tertinggi peringkat pusat, negeri dan bahagian berada pada landasan yang baik, termasuk sayap parti bergerak lancar menambah keahlian.

“Ini tidak benar sama sekali. Mungkin pihak yang membuat fitnah itu tidak pernah mengikuti perkembangan semasa perjalanan dan perjuangan Putra.

“Saya sendiri sentiasa sibuk menerima jemputan dari Penyelaras Negeri dan Ketua-Ketua Bahagian hadir ke kawasan mereka seperti Sabah, Perak, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu dan negeri di utara,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Beliau berkata demikian merujuk satu kenyataan yang dihantar menerusi aplikasi Whatsap oleh pihak tidak bertanggungjawab mendakwa, dari Perlis sampai ke Sabah, banyak kepimpinan Putra peringkat akar umbi telah menyatakan sikap muak terhadap kepincangan dalam parti itu.

Bahkan, dakwa kenyataan itu, ada Ketua-Ketua Bahagian secara terang-terangan hendak keluar dari parti itu dan meninggalkan Putra secara senyap-senyap, termasuk keluar dari grup Whatsap Ketua Bahagian.

Dr. Ibrahim menyifatkan perbuatan itu dilakukan oleh mereka yang iri hati dengan kejayaan Putra, setelah melihat sokongan orang ramai terhadap parti itu. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: