HALAMAN SANTAI

Khamis, 8 Oktober 2020

Pulau Pinang tangguh debat usul singkir 4 Adun .

MALAYSIAKINI

Malaysiakini

Susulan gelombang baru Covid-19 yang melanda negara, kerajaan Pulau Pinang menangguhkan usul untuk memaksa empat orang Adun yang berpaling tadah dari Pakatan Harapan (PH) mengosongkan kerusi.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata keputusan itu diambil bagi mengelakkan pilihan raya kecil (PRK) diadakan dan membahayakan kesihatan orang awam.

"Kita akan meneruskannya pada sesi dewan undangan negeri berikutnya atau ketika situasi lebih selamat untuk mengadakan PRK tanpa membahayakan kesihatan dan kesejahteraan rakyat," katanya pada sidang media di George Town, Pulau Pinang hari ini.

Empat Adun negeri Pulau Pinang berkenaan menyertai Langkah Sheraton pada bulan Februari yang menyumbang kepada kejatuhan kerajaan PH di peringkat pusat.

Adun itu ialah adalah Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam) dan Zolkifli Md Lazim (Teluk Bahang) dari Bersatu serta Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya) dan Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh) yang sebelum ini merupakan ahli PKR.

Pulau Pinang telah meminda perlembagaan negari untuk menyatakan bahawa mana-mana Adun yang menukar parti, mengundurkan diri, dipecat atau dikeluarkan dari parti politik harus mengosongkan kerusi mereka.

Calon yang menang dengan tike bebas yang menyertai parti politik juga harus mengosongkan kerusi.

Chow menyorot kesan pilihan raya negeri Sabah bulan lalu yang telah menyumbang kepada peningkatan jangkitan Covid-19 di seluruh negara.

Tiada ulasan: