HALAMAN SANTAI

Jumaat, 9 Oktober 2020

Hanya pilihan raya boleh redakan rakyat

Seorang penyelidik di badan pemikir berkata kerajaan baharu yang lebih stabil akan lebih 
boleh menangani kebimbangan ekonomi.

PETALING JAYA: Seorang penyelidik di badan pemikir mendakwa pilihan raya umum satu-satunya cara untuk meredakan kecewaan rakyat terhadap ketidakpastian politik dan ekonomi semasa.

Carmelo Ferlito, felo di Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi, berkata terdapat banyak kegementaran sekitar majoriti tipis di Parlimen ketika ini dan beliau percaya kerajaan baharu yang lebih stabil akan berada pada kedudukan lebih baik untuk mengatasi kebimbangan ekonomi.

“Negara perlukan kestabilan politik dan ekonomi untuk maju,” katanya kepada FMT.

Namun begitu, harus diakui pentadbiran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengambil langkah-langkah yang tegas pada peringkat awal pandemik dengan mengarahkan kawalan dan mengatur moratorium 6 bulan ke atas pembayaran balik pinjaman bank.

 

Carmelo Ferlito.

Bagaimanapun, beliau menyalahkan perintah kawalan pergerakan atas sebahagian besar ketidakpastian ekonomi semasa, yang sebahagiannya boleh dilihat pada pengangguran yang semakin meningkat.

“Ramai orang tak berpuas hati moratorium pinjaman tidak dilanjutkan,” tambahnya.

Beliau berkata dakwaan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim ada sokongan majoriti di Dewan Rakyat memburukkan lagi ketidakpastian politik.

Beliau menggesa kerajaan bergerak ke tahap pemulihan untuk memulihkan ekonomi, seperti membenarkan perniagaan asing masuk.

“Singapura membuka sempadannnya kerana ekonominya sedang runtuh,” katanya. “Malaysia perlu gerak ke tahap pemulihan ekonomi. Untuk itu, kerajaan perlukan mandat yang kuat daripada rakyat.”

Haris Ibrahim.

Aktivis masyarakat, Haris Ibrahim, berkata ketidakpuasan hati orang ramai semakin bertambah sejak kerajaan berubah tiba-tiba pada April.

“Selepas itu, ketika kita berdepan pandemik, ahli politik diberi jawatan di syarikat berkaitan kerajaan ketika perniagaan dan orang ramai menderita kerana kesan PKP,” katanya kepada FMT.

Beliau mengkritik pemerintah dan pembangkang atas keasyikan mereka tentang menguasai atau mengekalkan kuasa ke atas kerajaan, mengatakan keasyikan itu menyebabkan mereka tidak pedulikan keperluan masyarakat.

“Inilah penyebab rakyat tidak berpuas hati, yang bergelut kerana pandemik Covid-19,” katanya.

Noor Farida Ariffin, seorang ahli kumpulan aktivis G25 yang dibentuk oleh bekas penjawat awam, berkata orang ramai tidak berpuas hati dengan dwi standard dalam penguatkuasaan peraturan mencegah Covid-19.

Noor Farida Ariffin.

Katanya, banyak rakyat biasa ditahan dan didenda kerana tidak ikut SOP dan mendakwa ahli politik boleh langgar peraturan dan lepas begitu sahaja.

Beliau mempersoalkan kelewatan pihak berkuasa bertindak terhadap Menteri Khairuddin Aman Razali yang dikatakan tidak ikut peraturan pengasingan 14 hari sekembalinya dari Turki pada Julai.

Beliau akhirnya didenda RM1,000 tapi hanya selepas desakan orang ramai.

Beliau merayu kepada polis supaya bertegas terhadap ahli politik yang bersalah. “Kalau dwi standard diamalakan, kes mungkin akan naik lagi,” katanya.

Tiada ulasan: