HALAMAN SANTAI

Sabtu, 10 Oktober 2020

Jangan percaya bulat-bulat perkara yang memburukkan wakil rakyat di media sosial

sarawakvoice.com

BINTULU: Masyarakat perlu memperbetulkan persepsi yang ada di media sosial dengan mencari kebenaran dan bukannya percaya secara bulat-bulat.

Menteri di Jabatan Ketua Menteri Integriti dan Ombudsman yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip berkata, jika persepsi ini tidak dihentikan ia boleh menimbulkan fitnah.

“Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO’s) perlu menjelaskan dengan lebih lanjut jika sesuatu berita yang tular itu tidak benar dan memerlukan penjelasan lanjut.

“Jika ada berita yang memburukkan wakil rakyat, kita perlu siasat kebenarannya dengan bertanya kepada tuan punya badan. ‘

“Jangan memanjangkan berita-berita yang tidak benar,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam Program Sesi Perjumpaan Bersama Ahli Masyarakat dan Aktivis Sosial di Hotel Parkcity Everlly, Bintulu pada Jumaat.

Tiada ulasan: