Abd Hadi Che Awang
Segala
syarat yang diperlukan oleh pihak berkuasa sudah dipenuhi, namun
Pejuang masih belum diluluskan oleh RoS, kata Mukhriz Mahathir. - Gambar
fail
ALOR SETAR:
Presiden (Penaja) Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz
Mahathir mendakwa, terdapat pihak yang cuba menghalang dan mengagalkan
pendaftaran parti itu ketika ini.
Menurut
beliau, pihaknya sudah memenuhi segala syarat yang diperlukan oleh
pihak berkuasa, namun Pejuang masih belum diluluskan oleh Jabatan
Pendaftaran Pertubuhan (RoS).
Tegas
Mukhriz, Jawatankuasa Penaja Parti ketika ini masih belum menerima
sebarang surat rasmi daripada JPPM berhubung perkara berkenaan walaupun
pertemuan telah dilakukan bersama pegawai di jabatan itu.
Susulan
itu, Mukhriz berharap agar ketulusan dapat ditonjolkan pihak JPPM
selain "pihak tertentu" yang didakwa terlibat dalam menghalang
pendaftaran Pejuang agar tidak takut dengan kekuatan parti itu dan
menghormati amalan demokrasi yang wujud di negara ini.
"Saya
nampak mungkin ada (pihak yang menghalang), daripada pandangan saya
memang ada lah, ka
lau tidak (ada yang halang), sepatutnya sudah boleh
diluluskan (pendaftaran parti), kalau ikut KPI (petunjuk prestasi
utama) RoS, dia ada dia punya timeline, jadi apa gunanya ada KPI macam
itu kalau tidak maklum kepada kita apa lagi yang diperlukan dan kalau
tiada (apa yang belum lengkap), kenapa (RoS) tak luluskan?
"Kita
amalkan demokrasi, menang kalah tu biasa lah kan, kita serah kepada
rakyat, jadi kalau awal-awal lagi dah tahan (tidak luluskan Pejuang)
macam mana kita mahu hidupkan demokrasi,” kata Mukhriz.
Beliau
berkata demikian ketika ditemui media selepas pembentangan Belanjawan
2021 Negeri Kedah oleh Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor di Wisma
Darul Aman, di sini pada Ahad.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan