Abd Hadi Che Awang
Berdasarkan
pengalamannya, Dr Mahathir melihat cara Anwar menguruskan kewangan
negara dengan menerima sebulatnya-bulatnya syor daripada IMF tidak
sesuai dengan keadaan ketika itu. - Gambar fail
ALOR SETAR:
Penilaian Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar
Ibrahim tidak berkemampuan untuk memimpin negara ketika berhadapan
dengan krisis ekonomi, dibuat berdasarkan pengalaman bekas Perdana
Menteri itu pada 1997.
Sehubungan itu,
Presiden (Penaja) Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz
Mahathir menyifatkan, dakwaan kononnya Dr Mahathir cuba untuk menghalang
mandat rakyat dapat dikembalikan kepada Pakatan Harapan (PH) adalah
tidak benar sama sekali.
Mukhriz
menegaskan, tindakan Ahli Parlimen Langkawi itu meletakkan jawatan
sebagai Perdana Menteri adalah disebabkan kehilangan sokongan majoriti
Ahli Dewan Rakyat selain tidak mendapat jaminan bahawa aktiviti "lompat
melompat" tidak berlaku dalam kalangan Ahli Parlimen.
"Saya
ingat Tun (Dr Mahathir) menyatakan perkara yang benar, dia menceritakan
mengenai tahun 1998 bila kita alami krisis kewangan, masa dia ambil
cuti … dia serah kepada Datuk Sri Anwar sebagai Timbalan Perdana
Menteri, untuk ganti sebagai pemangku jawatan Perdana Menteri.
“Mungkin
dilihat cara (Anwar) menguruskan kewangan negara dengan menerima
sebulatnya-bulatnya syor daripada IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa)
ketika itu, tidak sesuai dengan keadaan, itu yang (Dr Mahathir) sebut
dalam buku Doktor Umum… itu (juga) disebut dalam interviu baru-baru
ini,” kata Mukhriz lagi.
Beliau berkata
demikian kepada pemberita selepas pembentangan Belanjawan 2021 Negeri
Kedah oleh Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor di Wisma Darul Aman, di
sini pada Ahad.
Terdahulu, Ketua
Penerangan (Penaja) Pejuang, Ulya Aqamah Husamudin menyifatkan tindakan
PKR yang menuduh Dr Mahathir menghalang usaha mengembalikan mandat
rakyat disifatkan sebagai gelojoh dan tidak berasas.
Menurut
beliau, punca Langkah Sheraton terjadi adalah kerana pengkhianatan
daripada kem Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta Tan Sri Muhyiddin
Yassin.
Dalam satu wawancara dengan
sebuah portal berita baru-baru ini, Dr Mahathir berkata, beliau pernah
menguji keupayaan Anwar untuk menerajui negara selama dua bulan pada
1997 semasa negara dilanda krisis ekonomi.
Bagaimanapun,
Ahli Parlimen Port Dickson itu, tegas Dr Mahathir, tidak mampu untuk
menguruskan krisis berkenaan menyebabkan beliau terpaksa mengambil alih
jawatan Menteri Kewangan serta mengemukakan pelan pemulihan untuk
menyelamatkan negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan