HALAMAN SANTAI

Ahad, 15 November 2020

"Zaleha mentor politik saya" - Noh Omar

BH ONLINE 
 Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar (enam, kiri) bersama Timbalan Pengerusi UMNO Selangor Datuk Megat Zulkarnain Omardin antara yang hadir Majlis Tahlil bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Zaleha Ismail, 84, yang meninggal dunia pada pukul 8.15 malam tadi kerana mengalami pelbagai komplikasi kesihatan. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: "Allahyarham Tan Sri Zaleha Ismail adalah mentor saya dalam bidang politik," kata Pengerusi UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar.

Noh berkata, Allahyarham sentiasa memberikan dorongan dan buah fikiran yang dijadikan panduan oleh beliau untuk menjadi ahli politik berjaya.

"Allahyarham berperwatakan peramah dan lemah lembut serta turut disayangi ramai. Saya juga selalu datang melawat Allahyarham semasa dahulu," katanya kepada Bernama ketika menziarahi keluarga Allahyarham, di sini.

Turut hadir ke kediaman Allahyarham di Taman Perwira, Gombak ialah Timbalan Pengerusi UMNO Selangor Datuk Megat Zulkarnain Omardin.

Zaleha ,84, meninggal dunia pada jam 8.15 malam tadi kerana mengalami pelbagai komplikasi kesihatan.

Bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat itu meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Salahuddin Al-Ayubbi, Taman Melati, di sini pada 9 pagi ini untuk disembahyangkan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibukota, di sini. – BERNAMA

Tiada ulasan: