Astro Awani
Mohd
Ashraf Mustaqim hairan mengapa Dr Maszlee Malik menyalahkan Tan Sri
Muhyiddin Yassin ketika beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri
Pendidikan pada tahun lepas. - Foto Facebook
KUALA LUMPUR:
Ketua Penerangan Armada Nasional, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir
hairan mengapa Maszlee Malik menyalahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika
beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan pada tahun lepas.
Beliau
turut mempersoalkan apakah dosa Muhyiddin terhadap Ahli Parlimen
Simpang Renggam itu sehinggakan beliau berkata sedemikian dalam buku
terbaharunya, ‘Memoir Bukan Memori’.
Maszlee dalam bukunya mendakwa isu 1BestariNet antara punca kepada peletakan jawatan beliau.
Begitupun,
menurut Mohd Ashraf Mustaqim, surat daripada Tun Dr Mahathir Mohamad
yang pernah tersebar menyatakan Maszlee gagal mematuhi arahan Kabinet
dalam isu perkhidmatan internet percuma di sekolah.
“Bila
saya buat semakan, YTL Communications iaitu syarikat yang mengendalikan
kontrak 1BestariNet telah memfailkan tindakan semakan kehakiman ke atas
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Maszlee sebagai Menteri
Pendidikan.
“Semakan
kehakiman ini dibuat kerana KPM tidak mempertimbangkan cadangan
syarikat itu untuk membekalkan perkhidmatan internet secara percuma ke
sekolah-sekolah selepas kontrak 1Bestarinet tamat.
“Sebaliknya
KPM melantik beberapa syarikat telekomunikasi lain untuk menyediakan
perkhidmatan internet secara berbayar. Mungkinkah ini isu berkaitan
1BestariNet yang menjadi sebab peletakan jawatan Dr Maszlee?,” soal
beliau dalam Facebooknya pada Khamis.
Tambahnya,
sekiranya Muhyiddin mempunyai kepentingan dalam projek 1Bestarinet,
mengapa ketika beliau menjadi Perdana Menteri, kontrak tersebut tidak
pula diperbaharui.
“Sebagai Perdana
Menteri beliau tentunya mempunyai kuasa yang besar. Jika beliau boleh
mendesak Tun Dr Mahathir supaya memecat Maszlee, takkanlah beliau
apabila menjadi Perdana Menteri tidak boleh mengarahkan Menteri
Pendidikan supaya mengikut kehendaknya?
“Bukankah
lebih mudah untuk beliau sebagai Perdana Menteri memberi arahan kepada
Menteri yang beliau sendiri lantik untuk memenuhi kepentingan
peribadinya?” soalnya lagi.
Maszlee
menerusi buku baharunya bertajuk “Memori Bukan Memoir” berkata, beliau
dipanggil menemui Dr Mahathir berhubung keputusan tidak melanjutkan
kontrak YTL untuk projek 1BestariNet.
Dalam
pertemuan itu, kepimpinan tertinggi Kementerian Pendidikan turut
bersamanya menjelaskan keputusan tidak menyambung kontrak tersebut yang
dimulakan Muhyiddin pada 2011 ketika beliau menjadi Menteri Pendidikan.
Katanya lagi, Dr Mahathir memberitahunya yang Muhyiddin “amat marah” dengannya kerana isu itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan