Shuhada Abdul Kadir
Chee
Leong (kiri) mula menggelar Norhizam sebagai pengkhianat dan penderhaka
Pakatan Harapan sebelum Norhizam (kanan) mengeluarkan ungkapan bodoh,
awak tanya saya jawablah bangang. - Foto Melaka TV
KUALA LUMPUR:
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Melaka, Datuk Norhizam
Hassan Baktee yang sebelum ini terkenal dengan jolokan ‘YB Gangster’
sekali lagi mencuri tumpuan pada hari terakhir persidangan Dewan
Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini.
Ia
selepas berlaku pertikaman lidah ketika menjawab soalan tambahan Low
Chee Leong (PH-Kota Laksamana) berkenaan kesan Zon Ekonomi Persisiran
Pantai Melaka (MWEZ) terhadap nelayan Pantai Kundor.
Norhizam
yang juga EXCO Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan
Koperasi pada awalnya memaklumkan beliau sentiasa peka dengan nasib para
nelayan, bagaimanpun perlu melihat dahulu hasil laporan Penilaian Impak
Perikanan (FIA) di kawasan terlibat.
Sambil
menggelarkan dirinya sebagai ‘laksamana laut’, Norhizam menegaskan akan
mengambil tindakan sewajarnya sekiranya laporan teknikal FIA
membuktikan projek berkenaan mendatangkan kesan kepada laut, nelayan
atau pun mata pencarian.
Chee
Leong bagaimanapun tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan dan
menyifatkan Norhizam tidak menjawab soalannya yang mahu supaya laporan
FIA dibentangkan.
Norhizam menjelaskan,
beliau tidak dapat mengumumkan FIA tersebut kepada DUN kerana laporan
berkenaan belum dikeluarkan pihak berwajib.
Situasi
terus gamat apabila Chee Leong mula menggelar Norhizam sebagai
‘pengkhianat’ dan ‘penderhaka Pakatan Harapan’ sebelum Norhizam
mengeluarkan ungkapan ‘bodoh’, ‘awak tanya saya jawablah bangang’.
Timbalan
Speaker, Datuk Ghazale Muhamad kemudian berkali-kali meminta dua ADUN
berkenaan bertenang dan menghormati peraturan DUN sebelum pertengkaran
yang tercetus kira-kira lima minit itu kembali reda.
Untuk
rekod, Norhizam yang sebelum ini merupakan Timbalan Pengerusi DAP
Melaka dan menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu atas tiket Pakatan
Harapan mengumumkan menjadi calon bebas dan menyokong gabungan Perikatan
Nasional (PN).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan