Sinar Harian
Pada
PRU14, logo PKR (kanan) dipersetujui bersama untuk digunakan mewakili
PH sepanjang kempen dan ia mencipta sejarah dengan memenangi PRU14, kata
13 pemimpin sayap dan cabang
PKR di Pahang.
KUANTAN:
Seramai 13 pemimpin sayap dan cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) di
Pahang mencadangkan Pakatan Harapan (PH) membuat keputusan untuk
menggunakan logo PKR pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Cadangan
itu dikeluarkan dibuat melalui kenyataan bersama pada Isnin oleh Ketua
Angkatan Muda Keadilan Pahang, Mohd Mustaqim Abd Jalil; Ketua Wanita PKR
Pahang, Barirah Mohd Mokhtar; Ketua PKR Cabang Indera Mahkota, Lee
Chean Chung; Ketua PKR Cabang Paya Besar, Wan Fauzuldin Wan Samad; Ketua
PKR Cabang Pekan, Mohd Kamal Yusof dan Ketua PKR Cabang Rompin, Jamal
Masri.
Turut
sama, Ketua PKR Cabang Maran, Bostamin Bakar; Ketua PKR Cabang Bera,
Bob Manolan Mohamad; Ketua PKR Cabang Kuala Krau, Mohamad Hafez Harun;
Ketua PKR Cabang Bentong, M Shanmuhanathan, Ketua PKR Cabang Cameron
Highlands, Tan Wei Wun; Ketua PKR Cabang Raub, G Sivanandar serta Ketua
PKR Cabang Temerloh, Zulfikar Ali Ariffin.
Menurut
kenyataan berkenaan, PKR percaya semua parti dalam PH bersikap terbuka
dan tidak prejudis terhadap cadangan tersebut kerana mewakili suara akar
umbi.
"Cadangan ini sebenarnya untuk
merealisasikan kemenangan PH seterusnya membawa agenda reformasi yang
kita impikan bersama," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Kenyataan itu turut menyebut, PH kini sedang memperkemaskan jentera dan persiapan dari semua aspek bagi menghadapi PRU15.
"Pada
PRU14 yang lalu, logo Keadilan dipersetujui bersama untuk digunakan
mewakili PH sepanjang kempen dan parti gabungan itu mencipta sejarah
dengan memenangi PRU14 dan berjaya membentuk kerajaan," menurut
kenyataan itu.
Kata kenyataan itu,
walaupun PH mempunyai logo sendiri, namun ia masih belum dikenali ramai
terutama di kawasan pedalaman Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
"Jadi,
memandangkan PRU15 begitu hampir, PH begitu kesuntukan masa untuk
memperkenalkan logo PH dan sudah tentu akan mendatangkan risiko
sekiranya logo ini diguna pakai sewaktu PRU15 nanti.
"Jika
PH berjaya membentuk kerajaan selepas PRU15, kita mempunyai banyak masa
dan peluang untuk memperkenalkan logo PH pada mana-mana PRK," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan