BERNAMA
Ismail berkata RMK12 akan
membolehkan rakyat menikmati taraf hidup lebih baik dengan pengagihan
peluang dan hasil lebih saksama serta mengekalkan kelestarian alam
sekitar.
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) bermatlamat mengembalikan semula momentum pertumbuhan ekonomi dan mencapai matlamat pembangunan jangka panjang, ketika negara sedang mengharungi cabaran getir pandemik Covid-19.
Berobjektifkan “Keluarga Malaysia – Makmur, Inklusif, Mampan”, RMK12 bukan hanya untuk menjana kekayaan negara semata-mata, sebaliknya membolehkan rakyat menikmati taraf hidup lebih baik dengan pengagihan peluang dan hasil lebih saksama serta mengekalkan kelestarian alam sekitar.
Ismail Sabri, yang mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kesembilan pada 21 Ogos, membentangkan perancangan lima tahun berkenaan di Dewan Rakyat, dengan kerajaan memperuntukkan RM400 bilion untuk membiayai projek sambungan dan projek baharu di bawah RMK12.
Dipenuhi pelbagai inisiatif, RMK12 berpaksikan sembilan fokus utama iaitu merancakkan pertumbuhan ekonomi; memperkukuh pemangkin pertumbuhan; meningkatkan kesejahteraan Keluarga Malaysia; memantapkan keselamatan dan ketenteraman awam; membasmi kemiskinan tegar dan merapatkan jurang pendapatan.
Fokus lain adalah memperkasa agenda bumiputera dan Keluarga Malaysia; melonjakkan pembangunan Sabah, Sarawak dan negeri-negeri kurang membangun; mempercepat pertumbuhan hijau; dan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam dan memastikan pelaksanaan dasar yang berkesan.
MENYUSUL LAGI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan