Amirrul Rabbani
Mohd
Akmal Kamaruddin berkata, jentera parti sedia menghadapi sebarang
kemungkinan termasuk sekiranya Ketua Pembangkang mahu bertanding di
mana-mana kawasan yang ditandingi calon Pas di Perak. - Gambar fail
BERNAMA
IPOH:
Pas Perak berlapang dada sekiranya Presiden PKR, Datuk Seri Anwar
Ibrahim mahu bertanding di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-15
(PRU15).
Setiausaha Badan Perhubungan Pas
Perak, Mohd Akmal Kamaruddin berkata, jentera parti tersebut telah
bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk sekiranya Ketua
Pembangkang itu mahu bertanding di mana-mana kawasan yang ditandingi
calon Pas di negeri ini.
“Itu
politik dialah (Anwar), dia nak bertanding mana-mana dia punya sukalah.
Sebagai Setiausaha Badan Perhubungan Pas Negeri Perak, jentera kita
sudah bersiap sedia di semua peringkat.
“Siapa
sahaja calon lawan kita bersedialah… dan kalau Datuk Seri Anwar mahu
bertanding kebetulan di kawasan Pas, kita bersedialah untuk lawan,”
katanya.
Mohd Akmal berkata demikian
kepada pemberita selepas meninjau Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
(PICK) Remaja di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sekolah Izzudin Shah di
sini, pada Selasa.
Beliau berkata
demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa
Salvador Rizal Mubarak yang dilaporkan mempelawa Anwar untuk bertanding
di salah satu kerusi Parlimen di Perak pada PRU-15.
Media
melaporkan, tawaran itu dibuat Farhash Wafa dalam Mesyuarat Majlis
Pimpinan PKR negeri baru-baru ini sebagai langkah untuk mengukuhkan
parti itu menawan Perak.
Dalam pada itu,
Mohd Akmal yang juga Exco Perak meminta PKR negeri agar tidak terlalu
berpolitik ketika ini, sebaliknya, memberi tumpuan terhadap usaha
membendung penularan COVID-19 dalam negara.
“Nasihat saya kepada PKR jangan terlalu berpolitik sangat. Kita tumpu pada usaha vaksinasi dan memutuskan
penularan COVID-19 supaya kita dapat kembali menjalani kehidupan seperti sebelum ini.
“Jadi
kita nasihat supaya henti sekejap politik itu. Nanti hendak dekat PRU,
baru kita umumkan siapa calon untuk lawan dia (Anwar) ke atau siapa
calon-calon kita di tempat-tempat tertentu,” ujarnya lagi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan